• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha X-Ride 125 (2020) Kini Enjin Baharu, Warna Lebih Segar, Harga RM5.1k

Yamaha X-Ride 125 (2020) Kini Enjin Baharu, Warna Lebih Segar, Harga RM5.1k

September 17, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

205
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) memperkenalkan X-Ride 125  (2020) baharu yang diharapkan dapat melonjakkan jualan skuter itu yang kurang memberangsangkan.

Menurut YIMM, tawaran warna baharu itu ialah refleksi kepada karakter advencer yang sporty dan agresif, manakala padanan grafik menyerlahkan elemen keseronokkan dan lasak. Tiga warna baharu diperkenalkan ialah Attractive Red (hitam-merah), Exclusive White (hitam-putih), dan Extreme Black (hitam-hijau).

X-Ride 125 (2020) versi kemas kini ini masih lagi mengekalkan spesifikasi terdahulu seperti suspensi subtangki, tayar tiubles dan  teknologi Blue Core 125cc dengan indikator Eco. Antara ciri menarik ialah:

  • Lampu LED dan lampu siang (DRL)
  • Tayar tiubles dan saiz dipertingkat kepada 80/80-14 (depan) dan 100/70-14 (belakang)
  • Suspensi subtangki untuk memaksimumkan redaman
  • Saiz bagasi lebih besar hingga 10.1 liter
  • Indikator Eco
  • Lampu kecemasan
  • Berat badan ringan 98kg
  • Enjin 125cc Blue Core dengan kuasa 9.52ps (9.38hp) dan tork 9.60Nm, output lebih tinggi berbanding model terdahulu jenis 115cc YMJet FI (7.75ps dan tork 8.5Nm).

X-Ride 125 (2020) dijual pada harga Rp18.69 juta (RM5,180).

BACA >>> #RetroAuto: Raja Kapcai Dua Dekad - Yamaha 125 yang Revolusioner!
BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Motosikal Biasa Guna Minyak Enjin Skuter?

GALERI

Related

205
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), roda2, skuter, Yamaha, Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), Yamaha X-Ride, Yamaha X-Ride 125

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my