• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Angka Kuasa Bimota Tesi H2 Didedahkan, Lebih Pantas daripada Kawasaki Ninja H2?

Angka Kuasa Bimota Tesi H2 Didedahkan, Lebih Pantas daripada Kawasaki Ninja H2?

September 24, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANGKA kuasa Bimota Tesi H2 (2021) versi pengeluaran kini didedahkan dan hypernaked itu bakal dilancarkan 1 Oktober nanti.

Tesi H2 diperkenalkan kali pertama dalam bentuk konsep pada Pameran Motor Milan (EICMA) 2019. Model tersebut dibina berasaskan Kawasaki Ninja H2 yang dipacu enjin supercas.

Kenapa Kawasaki? Sebabnya, Bimota kini sudah menjadi subsidiari di bawah Kawasaki Heavy Industries (KHI) menerusi pemilikan saham sebanyak 49 peratus.

BACA >>> Spesifikasi Bimota Tesi H2 Bocor? Sama Kuasa, Tetapi Lebih Ringan daripada H2
BACA >>> #EICMA2019: Bimota Tesi H2 (2020) dengan Enjin Supercas Kawasaki

Tesi H2 versi pengeluaran ini (foto atas kiri) sedikit berbeza berbanding model konsep yang ditayangkan di EICMA 2019. Gaya badan diserlahkan dengan ukiran pada badan dan rekabentuk fairing menyerlah lalu dipadankan dengan lampu utama tengah geometri. Tidak lupa stereng hub tengah dan ekzos besar.

Gaya badan kemudian disempurnakan dengan seragam hitam dan aksen tiga warna bendera Itali yang sedikit menyerupai warna model Aprilia. Di sebalik fairing tersimpan trenkuasa Ninja H2 jenis 4-silinder supercas dengan anggaran kuasa sekitar 228hp atau 238hp jika mengambil kira ram udara digunakan Kawasaki.

Angka di bawah 300hp ini tidak seperti diuar-uarkan sebelum ini yang mana Bimota mendakwa berhasrat mengikut jejak H2R sebagai jentera trek. Nampaknya, Tesi H2 akan dipasarkan sebagai model jalanan dalam segmen hypernaked. Namun, dengan binaan menggunakan gentian karbon, prestasi Tesi H2 ini dijangka lebih superior berbanding model Kawasaki.

Pratempahan sudah bermula dan model ini dijadualkan diedarkan pada 1 Oktober nanti dalam unit terhad, cuma 250 unit sahaja berserta tag dan nombor casis unik.

Tesi H2 juga hadir ke pasaran untuk mempromosikan kolaborasi Bimota dan Kawasaki sebelum memulakan siri pengeluaran baharu untuk menghidupkan semula jenama ikonik tersebut.

Bimota pernah menjadi antara pengeluar terkemuka Itali, tetapi perubahan pemilikan menjadikan jenama itu hampir pupus sebelum Kawasaki campur tangan. Model kedua dikeluarkan Bimota ialah sportbike cafe racer (foto atas) dengan nama KB4 yang dibikin berasaskan Ninja 1000SX.

BACA >>> #Spyshot: Bimota KB4 Dikesan Isi Minyak di Itali

SUMBER: VisorDown

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bimota, Bimota Tesi H2, Bimota Tesi H2 (2021), Hyperbike, Hypernaked, Kawasaki Heavy Industries (KHI), Kawasaki Ninja H2, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev