• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sepandai-Pandai Curi Kereta Sepantas 5 Minit, Pasangan Kekasih Kena Cekup Jua

Sepandai-Pandai Curi Kereta Sepantas 5 Minit, Pasangan Kekasih Kena Cekup Jua

September 11, 2020 By Azizi H Leave a Comment

245
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASANGAN kekasih mendalangi sindiket curi kenderaan 'Geng Kokak 2020' yang bergiat aktif mencuri dan menjual alat ganti kereta sekitar Pulau Pinang dan Kulim sejak Julai lalu tumpas apabila dua suspek utamanya, termasuk tiga lagi rakan subahat ditahan polis, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek wanita dikesan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) sedang memandu dalam keadaaan mencurigakan di Permatang Pauh, Bukit Mertajam pada jam 4.50 pagi.

BACA >>> 'Geng KTM' Curi Motor Sejak 2013 Kantoi Sudah...

Suspek enggan berhenti apabila diarahkan polis, sebaliknya memecut laju menghala ke Bandar Perda, Bukit Mertajam hingga memaksa polis mengejar sejauh kira-kira 2.5km.

"Sebuah van dipandu seorang lelaki tiba-tiba menghampiri kenderaan MPV dan cuba menghalang polis daripada mengejar kereta dipandu wanita terbabit," kata Noorzainy dipetik Harian Metro.

Polis akhirnya menahan suspek pemandu wanita berusia 25 tahun, manakala pemandu van ditahan dalam serbuan rumah di Ampang Jajar. Kenderaan dipandu baru saja dicuri wanita tersebut di Bukit Tengah, manakala pemandu van dipercayai teman lelakinya yang juga rakan sejenayah.

Polis turut merampas semula lapan kereta dicuri suspek, termasuk van bernilai RM45,000.

Norzainy berkata siasatan mendapati teman lelaki wanita itu baru dibebaskan dari penjara pada Julai lalu sebelum mereka kembali menjalankan kegiatan curi kenderaan sekitar daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Kulim, Kedah.

Menurutnya, suspek memiliki kepakaran mencuri sebuah kereta sepantas lima minit sahaja dengan hanya menggunakan 'allen key'. Semua komponen dicuri akan dileraikan dan diberikan kepada tiga rakan sejenayah untuk dijual kepada pembeli pada harga murah.

"Kelima-lima mereka hidup mewah dengan kegiatan ini," kata Norzainy yang menyatakan semua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

BACA >>> 'Fast & Furious' di Jalan Ampang, Lelaki Nekad Lawan Arus, Langgar Pencuri Kereta Adik

SUMBER/FOTO: HarianMetro

Related

245
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, curi kereta, Geng Kokak 2020, Kes Jenayah, Sindiket Curi Kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev