DALAM dunia perlumbaan motosikal, Honda boleh dikatakan satu-satunya pengeluar yang berani memilih jalan sukar. Buktinya, Honda ialah pengeluar tunggal yang menghasilkan enjin superbike dengan platform berbeza daripada jentera prototaip dalam MotoGP.
Sebagai contoh, Ducati Panigale V4R diambil daripada Desmosedici GP, Yamaha YZF-R1 pula bagaikan kembar kepada YZR-M1 dengan nadi CP4, manakala Suzuki memiliki GSX-1000R dengan enjin 4-sebaris yang sama seperti GSX-RR dan Aprilia menggunakan enjin V4 sama antara superbike pengeluaran dan RS-GP.
Sebaliknya bagi jentera trek, Honda menghasilkan enjin V4 untuk MotoGP, manakala jentera Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) kekal membangunkan enjin 4-sebaris CBR1000RR-R.
Ini kerana menghasilkan jentera dengan platform berbeza memerlukan kos besar. Honda sebenarnya turut memiliki jentera pengeluaran massa yang meminjam DNA jentera MotoGP, iaitu RC213V-S. Bagaimanapun jentera itu tidak dihomologasikan untuk WorldSBK.
Jangan dilupakan RVF1000 yang dikhabarkan beberapa tahun kebelakangan ini. Jika menjadi kenyataan, model itu akan mengadaptasi platfrom RC213V, tetapi dengan perincian lebih kepada pengeluaran massa berbanding RC213V-S.
Menurut salah seorang Bos HRC, Tetsuhiro Kuwata:
Tujuan kami ialah menang perlumbaan. Kami bekerja keras untuk mengambil langkah diperlukan dan memerlukan masa untuk tamat di tempat ketiga minggu lalu. Tapi itu fakta harus kami terima. Namun, kami akan terus kerja keras untuk mencapai tujuan akhir. Tentu saja kami masih menemui kesukaran dengan jentera. Kami dan pasukan pembangunan memberikan fokus untuk menyelesaikan masalah ini.
"Saya tidak hanya nampak seperti itu, penunggang kami juga percaya ciri kami (CBR1000RR-R SP) menawarkan banyak ruang untuk penambahbaikan. Jadi Honda tidak terfikir untuk bawa jentera lain. Mesin ini ada potensi cukup untuk mencapai tujuan kami."
Menguatkan lagi kenyataan itu, Kuwata yakin Honda pada masa depan akan memperkenalkan beberapa ciri dikemas kini baharu pada jentera pelumba WorldSBK Honda, Leon Haslam dan Alvaro Bautista, terutama casis.
BACA >>> Honda RC213V-S - Motosikal Lumba Versi Jalanan Paling Mahal di Dunia
BACA >>> Padah Menimpa HRC, Repsol Honda Kerana Harapkan Marquez Sahaja
Leave a Reply