• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Siar Foto Acah Tucson (2020) dengan Rekabentuk Serba Futuristik

Hyundai Siar Foto Acah Tucson (2020) dengan Rekabentuk Serba Futuristik

September 5, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI Tucson bukan kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu dan menjadi model global yang dijual di banyak buah negara. Generasi pertama dilancar pada 2004 dan berkongsi platform dengan Elantra yang turut digunakan pada Kia Sportage generasi kedua.

Model pengganti dikeluarkan pada 2009 dan generasi ketiga diperkenal pada 2015. Sebagai model global, ketiga-tiga generasi Tucson ditawarkan di pasaran tempatan. Kini giliran Tucson generasi keempat mengambil giliran apabila Hyundai mengedarkan tiga foto acah model itu sebelum pengenalan penuh pada 15 September nanti.

BACA >>> Hyundai Buka Tempahan SUV Kona

Apa menarik tentang Tucson baharu? Berdasarkan gambar diberikan nampak meyakinkan dengan gaya futuristik. Hyundai memanggil tema rekabentuk digunakan itu sebagai Dinamik Parametrik (Parametric Dynamics).

Antara menonjol ialah evolusi terkini lampu depan signatur Hyundai, dipanggil Parametric Hidden Lights. Susunan lampu siang (DRL) disatukan bersama gril yang memberikan imej unik dan berbeza berbanding model terdahulu, termasuk model SUV pesaing lain di psaran. Bampar depan kelihatan sporty dengan rekaan bersegi dan tajam ala kereta prestasi.

Jika bahagian depan menonjol, bahagian belakang Tucson tidak kalah dengan lampu yang melintang sepanjang pintu but. Sekali lagi Tucson tampil futuristik menerusi nyalaan lampu LED yang menarik perhatian.

Dari segi saiz, Tucson baharu lebih besar dan lebar berbanding generasi terdahulu dengan bonet panjang dan anjur (overhang) pendek, manakala jarak roda dipanjangkan yang menyerlahkan bentuk ala coupé.

BACA >>> #Spyshot: Hyundai Kona Dikesan di Ara Damansara, Bakal Muncul Tidak Lama Lagi?

Bahagian dalaman membawa konsep minimalis dan direka tanpa perumah kluster meter yang membuatkan papan pemuka nampak sekata. Unit infotainment bersambung dengan konsol tengah, kemas tanpa tombol gear. Ruang dalaman digambarkan Hyundai ini seakan berada dalam kokpit pesawat angkasa filem sains fiksyen.

Trenkuasa belum didedahkan dan hanya akan diketahui pada 15 September ni apabila Tucson generasi keempat diperkenalkan sepenuhnya.

BACA >>> Hyundai Elantra N Line (2021) Debut dengan Enjin 1.6L Turbo, 201hp

REKABENTUK HYUNDAI TUCSON 2017
hyundai-tucson-2017
hyundai-tucson-2017-eksterior-2
hyundai-tucson-2017-interior-1

Related

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Dinamik Parametrik, hyundai, Hyundai Tucson, Hyundai Tucson (2020), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Parametric Dynamics, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • Toyota Aygo X HEV 2026 - Crossover Segmen-A Teknologi Hibrid Penuh
    Toyota Aygo X HEV 2026 - Crossover Segmen-A Teknologi Hibrid Penuh

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev