• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Videotomotif: Aksi Katak Sesat Terkam Muka Pemandu Ini dapat 12.8 Juta Tontonan

#Videotomotif: Aksi Katak Sesat Terkam Muka Pemandu Ini dapat 12.8 Juta Tontonan

September 7, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA berdepan situasi lipas terbang, bukan saja perempuan, lelaki pun boleh histeria dibuatnya. Bagaimanakah pula kalau bukan lipas terbang yang anda jumpa, tetapi makhluk dua alam, iaitu katak.

Walaupun saiz katak kecil, tetapi tidak semua orang berani memegang amfibia itu. Dengan badan licin atau menggerutu, ramai akan rasa geli-geleman. Katak biasanya kerap menjadi mangsa lenyekan tayar kenderaan dan antara haiwan paling sukar ditemui tersesat dalam kereta. Sebaliknya, inilah yang terjadi ke atas seorang pemandu di luar negara.

Katak Sesat Dalam Kereta_3
Katak Sesat Dalam Kereta_2
Katak Sesat Dalam Kereta_1

Bayangkan anda berdepan situasi sama, apakah anda akan lakukan? Video pendek 30 saat yang tular ini mendapat 12.8 juta tontonan.

Si pemandu terperasan ada seekor katak kecil tersesat dalam keretanya. Katak itu dilihatnya melekap pada pilar-A di bahagian penumpang depan dan merayap menuju atas sebelum berhenti memandang pemandu tersebut. Seakan sudah tahu apa bakal berlaku, pemandu berkenaan sempat mengeluh dan meminta katak itu tidak memandangnya serta melakukan sesuatu yang bukan-bukan. 😆

Namun, selepas membetulkan posisi dan sasaran, katak itu terus saja melompat ke arah muka pemandu tersebut yang hanya mampu menjerit. Aksi selepas itu tidaklah diketahui apa yang berlaku. Harap dia tidak terbabas dan baik-baik saja.

* PERINGATAN: Jangan merakam video sambil memandu. Bahaya!

BACA >>> 11 Pengeluar Automobil Jadikan Haiwan Sebagai Nama Kereta
BACA >>> Banyak Haiwan Suka Buat Pot dalam Yamaha NMAX

Omg lmfao 😂😂😂 🐸 pic.twitter.com/vE2Qdn1yDD

— Hendew, The first Hoodkage 🏚 (@HJR_Bae) August 31, 2020

Related

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, autoterkini, Haiwan dalam Skuter, katak, Katak dalam Kereta, Katak Lompat dalam Kereta, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev