• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Peminat Pedrosa Pilih Seragam Repsol Honda untuk Vespa

#BikinMotor: Peminat Pedrosa Pilih Seragam Repsol Honda untuk Vespa

September 1, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

123
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEREKA Italia ini sangat meminati Vespa, jentera MotoGP Repsol Honda, dan mantan pelumba Honda MotoGP, Dani Pedrosa. Dengan menggabungkan semua minat itu, maka terhasillah Vespa 50 bernombor yang menjadi nombor ikonik milik Pedrosa.

Lino De Vecchis dari Roma, Itali ialah pereka di syarikat Linerdesign. Selain pakar kustom grafik dan cat khas kenderaan, dia juga memiliki kepakaran dalam bidang lukisan berus angin (airbrush), kustom dan perlumbaan. Apabila ditanya Box Repsol kenapa memilih Vespa, De Vecchis berkata, Vespa ialah ikon dan cahaya hidupnya.

Projek dua tahun itu bermula sukar dengan kondisi motosikal yang kurang bagus kerana terbiar lama di garaj dan memerlukan kerja restorasi menyeluruh kerana semua komponen perlu dibaik pulih untuk mengelak karat.

"Motor ini perlu diperkuat kerana menggunakan enjin 140cc dan banyak perubahan yang harus dibuat untuk memastikan semua beroperasi sempurna,” kata De Vecchis.

Apabila ditanya mengenai pemilihan seragam Repsol MotoGP, De Vecchis menjawab;

Grafik perlu direka semirip mungkin dengan jentera Repsol Honda 2011. Jadi warna dipilih secara tepat mengikut jentera juara dunia MotoGP 2011 ditunggangCasey Stoner.

"Sebagai peminat Repsol Honda sejak dulu, ketika kecil saya mengikuti kemenangan Doohan di Honda NSR dan hari ini mata saya selalu fokus kepada Marc (Marquez) dan Dani (Pedrosa).

“Jenama Repsol Honda dengan kombinasi warna dan daya tarik pelumba hebat, memang tidak salah memilih tema itu dan saya rasa tak mungkin ada orang yang tak kenal warna tersebut.”

Bagi menyelesaikan projek penting ini, De Vecchis menghabiskan masa lebih 200 jam yang semestinya memberikan kepuasan buat dirinya apabila melihat hasil diperoleh demikian.

BACA >>> Mexico 1000: Vespa Sertai Lumba Rali Sejauh 1,600km di Mexico
BACA >>> #BikinMotor: Honda Supra GTR150 Tukar Enjin CBR250RR dengan Kuasa 36.3hp!

Mod Vespa Honda Repsol_2
Mod Vespa Honda Repsol_8
Mod Vespa Honda Repsol_4
Mod Vespa Honda Repsol_3
Mod Vespa Honda Repsol_6
Mod Vespa Honda Repsol_5

Related

123
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, Dani Pedrosa, Honda MotoGP, Honda Repsol, kustom, Lino De Vecchis, MotoGP, Repsol Honda, roda2, skuter, Vespa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev