• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Honda City RS Ada Honda SENSING? Apa Anda Perlu Tahu Tentang Teknologi ini?

Honda City RS Ada Honda SENSING? Apa Anda Perlu Tahu Tentang Teknologi ini?

August 28, 2020 By Azhan O Leave a Comment

310
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA SENSING adalah salah satu ciri keselamatan termaju ditawarkan pada City RS e:HEV, iaitu varian paling premium dalam barisan famili City serba baharu yang baru saja diumumkan harga siang tadi, iaitu RM105,950.45 tanpa insurans.

City serba baharu dilancarkan Oktober tahun lalu pada harga bermula antara ~RM74,000 dan ~RM86,000 yang dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC berkuasa 119hp dan tork 145Nm.

Bagaimanapun trenkuasa City RS e:HEV memberikan daya tork lebih superior daripada janaan enjin hibirid MMD (intelligent Multi-Mode Drive) yang menghasilkan kuasa 106hp dan tork 253Nm serta transmisi e-CVT (Electric Continuous Variable Transmission). Antara ciri pakej menarik dimiliki sedan ini ialah Honda CONNECT dan Honda SENSING.

BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang 4 Varian Honda City (2020), Harga Mula RM74k

Apakah itu Honda SENSING?

Honda SENSING ialah teknologi bantuan pemandu pertama yang diperkenalkan Honda. Di Malaysia, ciri ini sudah diperkenalkan pada model atasan seperti Odyssey, Accord, CR-V dan Civic. Malah Malaysia menjadi negara pertama dunia mendapat kunjungan CR-V dengan Honda Sensing pada 2017.

Jadi tidaklah hairan kalau City RS (dengan ciri Honda SENSING) menjadi satu lagi model Honda yang melakukan debut global di Malaysia.

pandu uji honda cr-v baharu
pandu uji honda cr-v baharu

Jika mengambil kira spesifikasi CR-V (2017), teknologi Honda SENSING model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu terdiri daripada tujuh ciri bantuan pemanduan seperti berikut:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control, ACC)
  • Jejak Kelajuan Rendah (Low-Speed Follow, LSF)
  • Sistem Amaran Perlanggaran Depan (Front Collision Warning, FCW)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (Collision Mitigation Braking System, CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keeping Assist System, LKAS)
  • Mitigasi Tukar Lorong (Road Departure Mitigation, RDM)
  • Amaran Tukar Lorong (Lane Departure Warning, LDW)

Berikut perincian mengenai tujuh ciri utama Honda SENSING itu:

Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
Jejak Kelajuan Rendah (LSF)

ACC dan LSF memudahkan pemandu memandu jarak jauh atau santai seperti di lebuh raya. Kedua-dua sistem itu membolehkan pemandu membrek dan memecut kembali pada kelajuan ditetapkan ACC secara automatik dan boleh berfungsi bermula dari keadaan lalu lintas henti-gerak, hingga kelajuan 180kmj.

Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS

FCW dan CMBS pula membantu pemandu mengelak rempuhan dari depan. Sistem FCW akan mengeluarkan amaran jika mendapati ada sebarang potensi berlaku perlanggaran dari arah depan, manakala CMBS berfungsi membrek automatik jika pemandu dikesan tidak memberikan sebarang respon untuk mengelak perlanggaran tersebut.

Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
Sistem Mitigasi Tukar Lorong (RDM)
Amaran Tukar Lorong (LDW)

LKAS, RDM, dan LDW pula disepadukan bagi meminimumkan risiko kemalangan bahagian sisi. Sistem LDW dibina untuk mengesan garisan jalan di kiri dan kanan kereta. Amaran visual dan getaran stereng akan dikeluarkan jika pemandu dikesan melanggar garisan jalan tanpa memberikan signal membelok.

Sistem LKAS berfungsi membetulkan posisi stereng bagi memastikan pemanduan kereta kekal dalam lorong. Terdapat kamera sebagai sensor diletakkan di sisi kereta bagi mengesan sebarang tanda atas permukaan jalan bagi mengekalkan kedudukan pemanduan yang tepat.

Sistem RDM pula diaktifkan apabila kereta menghampiri tepi jalan ketika dipandu dalam kelajuan 72kmj hingga 180kmj. Fungsinya, roda stereng akan bergetar sebagai amaran dan jika pemandu tidak memberikan sebarang reaksi, kereta akan cuba keluar dari lorong dan sistem Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA) akan diaktifkan untuk mengembalikan semula kedudukan kenderaan.

Ciri baharu itu melayakkan City duduk sama tinggi dengan abang besar Honda lain seperti Accord, CR-V dan Civic. Selain Honda SENSING, City RS juga dibekalkan ciri khas Honda CONNECT, iaitu kawalan dan akses pemanduan menggunakan aplikasi mobil.

BACA >>> #PanduUji: Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Honda CR-V Baharu Versi Premium

Related

310
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Honda City, Honda City RS, Honda Malaysia, honda sensing, Roda4, sedan segmen-B, sedan subkompak, teknologi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev