• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Scrambler Icon Dark (2020) Kini di Malaysia, Harga RM49.9k

Ducati Scrambler Icon Dark (2020) Kini di Malaysia, Harga RM49.9k

August 27, 2020 By admin.pandulaju Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DIPERKENALKAN pada 1962, jenama Scrambler dilancarkan semula pada 2014 yang mewujudkan segmen serba baharu dalam barisan produk Ducati, dan sejak dilancarkan sudah 55,000 unit terjual seluruh dunia.

Scrambler Icon Dark tampil sebagai model 'ringkas dan bersih' yang sesuai dikustomkan mengikut cita rasa peribadi pemilik, tetapi pada masa sama tidak mengetepikan aspek ciri dan prestasi. Model ini boleh dimiliki pada harga RM49,900 dan boleh dilihat dan dibeli di mana-mana bilik pameran Ducati terdekat.

BACA >>> Ducati Scrambler 1000 Club Italia - Edisi Terhad 80 unit untuk Ahli Kelab Vintaj

SCRAMBLER DUCATI00019_UC149307
SCRAMBLER DUCATI00021_UC149308

Model ini didatangkan dengan lampu siang (DRL) LED dan pelana rata baharu. Dengan ciri diperbaharui seperti tetapan suspensi, kawalan klac hidraulik dengan tuil boleh laras dan alatan suis ergonomik, Scrambler Icon Dark memberikan keselesaan tunggangan untuk apa saja pengembaraan yang mahu ditempuhi. Penunggang juga memiliki akses tolok minyak dan indikator gear supaya tunggangan jadi lebih menenangkan.

Scrambler Icon Dark juga dilengkapi sistem infotainment Ducati Multimedia System (DMS) yang membolehkan jentera dihubungkan menerusi Bluetooth dengan telefon pintar, set telinga pada helmet penunggang dan pembonceng, atau sistem navigasi Ducati. Ada empat peranti boleh dihubungkan serentak.

Model Scrambler ini juga tidak mengetepikan aspek keselamatan yang didatangkan standard dengan ABS Belok dwi-saluran Bosch sebagai tambahan keselamatan dan ketenangan minda ketika menempuh jalan berliku dan pedalaman untuk pengalaman pengembaraan mengujakan di Malaysia.

Kemasan Matt Black yang menjadi skema warna baharu menyerlahkan rupa yang cukup bergaya, siap dengan penutup aluminium kemasan mesin dan panel sisi aluminium boleh tukar. Trenkuasa dijana enjin 803cc Desmodromic L-Twin berkuasa 73hp @ rpm8,250.

Dengan personalisasi yang menjadi elemen fundamental bagi jenama Ducati Scrambler, model ini  sememangnya dihasilkan untuk memenuhi ekspresi penunggang Malaysia, dan juga menjadi satu-satunya Scrambler paling banyak boleh dikustom.

BACA >>> Ducati e-Scrambler - Basikal Elektrik untuk Tunggangan Harian, Harga RM18k

GALERI
SCRAMBLER DUCATI00019_UC149307
SCRAMBLER DUCATI00021_UC149308
SCRAMBLER DUCATI00003_UC149301
SCRAMBLER DUCATI00018_UC149306
SCRAMBLER DUCATI00007_UC149302
SCRAMBLER DUCATI00008_UC149299
SCRAMBLER DUCATI00009_UC149300
SCRAMBLER DUCATI00014_UC149304
SCRAMBLER DUCATI00012_UC149303
SCRAMBLER DUCATI00013_UC149305

Related

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Ducati, Ducati Malaysia, Ducati Scrambler, Ducati Scrambler Icon Dark (2020), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev