• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bawa Kereta Mabuk Sampai Terjun Kolam

Bawa Kereta Mabuk Sampai Terjun Kolam

August 25, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANDU ketika mabuk adalah antara punca utama yang menyebabkan nahas jalan raya di banyak negara dunia, termasuk Malaysia. Walaupun peringatan sudah diberikan, tetapi masih ramai pemandu buat keras kepala.

Contohnya kes di Texas, Amerika Syarikat (AS) ini. Seorang pemandu mabuk yang memandu Mitsubishi Lancer merah dilaporkan hilang kawalan dan terbabas hingga masuk kolam renang.

BACA >>> Ford Perkenal RDE, Teknologi Elak Kereta Terbabas di Jalan Kampung

lancer 1
lancer 2
lancer

Kemalangan itu berlaku di Arlington, Texas baru-baru ini. Kereta mangsa didapati merempuh pagar kayu sebuah kediaman dan melepasi satu tembok rendah sebelum terjun ke dalam kolam.

Ya, ini benar-benar berlaku. Seorang pemandu hilang kawalan di 3500 Blok Jalan S.Center dan merempuh laman belakang sebuah rumah dan terjunam dalam kolam renang. Tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu. Suspek ditahan kerana DWI (memandu di bawah pengaruh alkohol)."

Yes this actually just happened. An impaired driver lost control in the 3500 block of S. Center Street and crashed through a backyard and into a swimming pool. No one was injured! Suspect arrested for DWI. #DontDrinkAndDrive pic.twitter.com/QwuKNJETDw

— Arlington Police, TX (@ArlingtonPD) August 13, 2020

Berita itu dikongsi akaun Twitter Jabatan Polis Arlington (APD) di Texas, AS. Ada tiga foto dikongsi yang menunjukkan dua foto Lancer merah terendam dalam kolam dan satu lagi menunjukkan kerosakan tembok batu.

Insiden  ini berlaku pada 13 Ogos lalu.

KES 2: JEEP MASUK KOLAM SEBAB MENGANTUK

Pada minggu sama juga menyaksikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Jeep Grand Cherokee (juga berwarna merah) terbabas dalam kolam renang.

Kemalangan berlaku di Texas, tetapi melibatkan insiden berasingan pada jam kira-kira 4 petang, Isnin lalu di 1000 Blok Jalan W Beady di Texas. Bagaimanapun tiada mangsa cedera dalam kemalangan berkenaan.

We responded to another car taking a dive into a pool... this time in North Arlington around 4 pm in the 1000 block of W Beady Road. Luckily, no one was injured and it appears the driver just lost control. Working on pulling it out now. pic.twitter.com/KfJ8qd875J

— Arlington Police, TX (@ArlingtonPD) August 17, 2020

Situasi insiden juga hampir sama seperti dialami pemandu Lancer merah. Pemandu Grand Cherokee itu dilaporkan hilang kawalan dan merempuh pagar laman belakang rumah sebelum terjunam dalam kolam. Namun dalam kes ini polis mendakwa kemungkinan pemandu tertidur ketika memandu.

Jabatan Bomba Arlington terpaksa menggunakan kren untuk mengeluarkan SUV Jeep tersebut.

lancer 6
lancer 3
lancer 4
lancer 5

SUMBER: ArlingtonPoliceDepartment | DallasNews | AutoEvolution

Related

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jeep Grand Cherokee, kemalangan, kereta terbabas dalam air, Mitsubishi Lancer, pemandu mabuk, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev