PENGELUAR tayar Amerika Syarikat (AS), Goodyear Tires kini menjadi sasaran serangan terbaharu Presiden Donald Trump yang menggesa penduduk AS memboikot produk jenama itu selepas tular imej slaid pembentangan yang tidak membenarkan kakitangan syarikat tersebut memakai topi bertulis 'Make America Great Again', juga dikenali dengan singkatan MAGA.
Dalam imej slaid tular itu, Goodyear menggariskan beberapa kriteria pakaian dibenarkan dan dilarang dipakai yang mana salah satu pakaian tidak dibenarkan ialah topi MAGA.
BACA >>> Presiden Trump Dakwa Import Kenderaan Ancam Keselamatan Amerika
Bagaimanapun, Goodyear belum mengesahkan kesahihan foto tersebut, tetapi menyatakan yang syarikat itu sememangnya tidak membenarkan kakitangannya menggunakan apa saja produk, barangan atau pakaian yang memaparkan mesej politik.
Don’t buy GOODYEAR TIRES - They announced a BAN ON MAGA HATS. Get better tires for far less! (This is what the Radical Left Democrats do. Two can play the same game, and we have to start playing it now!).
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) August 19, 2020
MAGA ialah slogan yang sinonim dengan kempen politik Trump dan kini sedang rancak digunakan dalam kempen pilihan raya penggal kedua pemerintahannya.
Berang dengan keputusan Goodyear, Trump memuat naik ciapan dalam akaun Twitter bertulis seperti diatas; "Jangan beli tayar Goodyear - Mereka umum haramkan topi MAGA. Sekarang beli tayar lain lebih baik yang lebih murah. Inilah apa yang Demokrat Kiri Radikal buat. Dua pihak boleh main permainan sama, dan mari kita mula bermain sekarang!"
Serentak pengumuman Trump itu, saham Goodyear Tires langsung jatuh kepada 6 peratus pada hari tersebut. Pengeluar tayar itu memiliki kira-kira 63,000 pekerja di AS.
BACA >>> Donald Trump Ajak Boikot Harley-Davidson Kerana Cuba Elak Tarif Cukai
BACA >>> Banyak Haiwan Suka Buat Pot dalam Yamaha NMAX
SUMBER: Zing.new
Leave a Reply