• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Ford Cipta Tayar Boleh Tinggalkan Mesej Kecemasan Atas Pasir!

Ford Cipta Tayar Boleh Tinggalkan Mesej Kecemasan Atas Pasir!

August 31, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUNGA tayar boleh meninggalkan jejak atas permukaan tanah atau pasir dan ini pengetahuan umum yang ramai orang tahu. Bagaimanakah jika bunga tayar diubah untuk meninggalkan mesej atau perkataan?

Inilah dilakukan Ford menerusi tayar kenderaan dengan bunga yang mampu meninggalkan pesanan atas pasir pantai berupa tiga pesanan keselamatan: float to live, no inflatables dan emergency? call 999.

BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Cara Tukar Tayar Mengikut Peralatan Dalam But

Usaha ini ialah inisiatif baharu Institut Bot Penyelamat Kebangsaan Diraja (Royal National Lifeboat Institution, RNLI), Britain. Warga Britain suka ke kawasan pantai yang mana 82 peratus responden* mengatakan mereka pernah berkunjung ke pantai dalam tempoh dua tahun lalu.

Kawasan pantai dalam jarak dua jam adalah lokasi digemari dengan 63 peratus sanggup memandu ke kawasan tersebut. Bagaimanapun, hanya 56 peratus** responden tahu menghubungi 999 dan meminta bantuan pengawal pantai jika mereka menemui individu jatuh dalam air.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) yang Perlu Anda Tahu

Menulis pesanan atas pasir adalah perkara biasa dan ini mempengaruhi Ford dalam menghasilkan pesanan keselamatan air untuk diedarkan dengan pantas sepanjang jarak merentasi pantai menggunakan model jenama itu. Pesanan atas pasir dibuat menggunakan acuan khas bagi menghasilkan pelapik pada tayar Ranger dan dipasang secara kekal.

Pada 2019, penyelamat RNLI membantu lebih 29,000 orang di pantai seluruh Britain membabitkan lebih 17,000 insiden dan menyelamatkan 154 nyawa. Penyelamat RNLI turut berjaya menyatukan semula hampir 1,800 kanak-kanak dan remaja yang sesat dengan keluarga mereka. Juga dibantu 346 orang dalam insiden melibatkan pelampung.

Ford ialah pembekal kenderaan rasmi kepada RNLI dan pikap Ranger adalah pilihan penyelamat ketika rondaan. Malah, sejak 2018, Ford membekalkan pelbagai kenderaan kepada RNLI seperti Fiesta, EcoSport, Focus, Kuga,  Transit, Transit Connect, Transit Customs dan model hibrid plug-in (PHEV).

Tayar kustom diuji Ford di Minnis Bay, Kent. Ford dan RNLI kini sedang menimbangkang menggunakan tayar tersebut bagi tempoh jangka masa panjang.

BACA >>> Ford Ranger Thunder - Wildtrak Edisi Terhad dengan Enjin Raptor, 210hp, 500Nm

* Tinjauan melibat 3,000 dewasa di Britain daripada 3GEM Research & Insights pada Ogos 2020.
** Tinjauan RNLI Respect the Water, April 2020. Sampel perwakilan warga Britain dewasa - sekitar 1,000 dewasa.

FordXRNLI.01
FordXRNLI.02
FordXRNLI.03
FordXRNLI.04
FordXRNLI.05
FordXRNLI.06
FordXRNLI.07
FordXRNLI.08

Related

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Autotainment Tagged With: Ford, Ford Ranger, Ford UK, Royal National Lifeboat Institution (RNLI), Tayar Mesej Ford

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev