• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford Bakal Dedah Mustang Generasi ke-7 Pada 2022

Ford Bakal Dedah Mustang Generasi ke-7 Pada 2022

August 18, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

308
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK Ford memperkenalkan Ford Mustang generasi keenam versi pemanduan sebelah kanan (RHD), jualan kereta itu melonjak hingga menjadi model sport terlaris dunia. Namun Mustang S550 sudah sampai ke penghujung kitaran produk.

Sumber menyatakan generasi ketujuh Mustang dengan kod nama S650 bakal didedahkan pada 2022. Ada pembekal mendakwa jangka hayat model baharu itu akan dilanjutkan hingga lapan tahun. Ini bermakna Mustang baharu itu bakal berada di pasaran sekurang-kurangnya hingga 2030.

Lebih menarik, Mustang versi elektrik akan diperkenalkan sebagai sebahagian projek Blue Oval, yang bermula dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Mach-E. Ford merancang melancarkan 18 model hibrid ringan dan hibrid penuh menjelang 2022.

Trenkuasa hibrid Mustang dilaporkan akan menggunakan enjin V8 hibrid dengan dua motor elektrik yang dipasangkan berlawanan setiap sisi enjin. Ini menyumbang kepada aturan pacuan semua roda elektrik dan meningkatkan pemvektoran tork Mustang S650. Sebenarnya konsep trenkuasa sama sudah diterapkan pada Explorer Hybrid di Amerika Syarikat (AS).

Ford Mustang Mach E_5
Ford Mustang Mach E_7

Malah, Ford menawarkan beberapa tahap pemanduan elektrik tulen. Bagi model dengan enjin 4-silinder 2.3L EcoBoost, masih perlu dilihat adalah pilihan trenkuasa itu akan terus ditawarkan.

Bagi gaya badan, Mustang baharu dijangka ditawarkan dalam versi coupé dan konvertibel seperti Mach-E. Kpnsep kabin dibina dengan rekaan bertumpukan pemandu, dan pada masa sama mengekalkan aturan 4-kerusi ikonik.

BACA >>> Ford Mustang Mach-E - Crossover EV Berkuasa dengan Jarak Perjalanan Hingga 600km!
BACA >>> SUV Baharu Perodua Lancar Pertengahan Tahun Ini, Mungkin Guna Enjin 1.0 Turbo?

Ford Mustang Mach E_3
Ford Mustang Mach E_8
Ford Mustang Mach E_2
Ford Mustang Mach E_4
Ford Mustang Mach E_7
Ford Mustang Mach E_5
Ford Mustang Mach E_1

Related

308
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Ford, Ford Mustang, Kereta Sport, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev