• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / India Lancar Kawasaki Versys 650 (2020) Versi Patuh BS6, Harga RM38k

India Lancar Kawasaki Versys 650 (2020) Versi Patuh BS6, Harga RM38k

August 14, 2020 By Azhan O 1 Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Versys 650 (2020) versi patuh BS6 dilancarkan di India dengan mengekalkan rekabentuk kluster instrumen semi digital. Perubahan paling besar sudah tentu aspek enjin dinaik taraf yang melepasi syarat emisi BS6, yang setanding standard Euro6.

Model touring ini dijual pada harga 679,000 rupee (RM38,010) yang juga produk kedua dalam barisan Kawasaki Versys di India. Tiada perubahan rekabentuk pada edisi BS6 ini, cuma grafik badan baharu. Kawasaki juga tidak menambah sebarang ciri baharu seperti mana dilakukan model lain yang mendapat kelulusan BS6.

BACA >>> Kawasaki Versys-X 250 Tourer Kini dengan Warna, Grafik Baharu di Indonesia

kawasaki-versys-650-bs6-india-5
kawasaki-versys-650-bs6-india-4
kawasaki-versys-650-bs6-india-2
kawasaki-versys-650-bs6-india-3
kawasaki-versys-650-bs6-india-1

Ini bermakna, satu-satunya perubahan yang ada ini ialah trenkuasa baharu yang lebih bersih, manakala harga pula lebih mahal 10,000 rupee (RM560) berbanding model BS4

Sama seperti model BS4, Versys 650 (2020)  BS6 mendapat kluster lampu kembar LED, visor angin tinggi, tangki minyak besar, bar hendal lebar dan pelana terpisah. Motosikal ini juga mendapat enjin dengan kemasan hitam dan pelapik ekzos hitam.

Panel instrumen semi-digital memaparkan takometer analog dan paparan digital untuk kelajuan, trip meter, odometer, status ABS dan lain-lain. Ciri ini dikatakan agak ketinggalan berbanding model lain masa kini.

Versys 650 (2020) BS6 dikuasakan enjin 649cc Parallel Twin patuh BS6 berkuasa 66hp dan tork 61Nm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan. Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) dengan travel 150mm di depan dan monoshock bnoleh laras prabeban dengan travel 145mm. Sistem brek pula dilengkapkan brek cakera kembar 300mm di depan dan cakera tunggal 250mm dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluaran di belakang.

BACA >>> #Spyshot: Zontes Turut Dikesan Jalani Ujian VTA, Juga Bakal Masuk Malaysia?

Related

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Motors India, Kawasaki Versys 650 BS6, roda2, touring bike

Comments

  1. Jan says

    August 15, 2020 at 5:50 PM

    makin lemau engine bila undang2 regulasi alam sekitar makin ketat... hmmm

    base engine ni dari ER6, masa tu ada 70hp ++, lepas tu jadi 68hp, skg 66hp.

    boleh je R&D utk kekalkan hp walaupun regulasi ketat, tapi harga pulak makin mahal...

    apa akan jadi pada masa depan dunia permotoran?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev