TREND pengeluar kenderaan masa kini adalah mengimbau semula model ikonik yang pernah dikeluarkan dekad lalu. Kedua-dua pengeluar, sama ada pengeluar motosikal atau kereta, cuba mengetengahkan semula model atau pengaruh retro untuk produk terbaharu masing-masing.
Selain Mustang, Ford mempunyai model ikonik untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) Bronco yang diilhamkan individu sama, iaitu Donald N Frey.
BACA >>> Ford Bronco (2021) Kembali dengan Bentuk Badan Kotak, Kompak!
Sempena ulang tahun ke-155, Ford menawarkan lima model konsep khas sempena meraikan sambutan hangat Bronco dan Bronco Sport. Kelima-lima model tampil dengan aksesori kilang (factory-backed) yang mudah dikustomkan dan juga mampu milik.
Berikut perincian lima model konsep tersebut:
1. Bronco Four-Door Outer Banks Fishing Guide
Dibina sebagai Bronco khas untuk pemancing profesional sekitar Pantai Nasional Cape Hatteras berasaskan siri Bronco 4-pintu, Outer Bank.
Aksesori digunakan:
- Bumbung lembut (soft-top) depan Bestop Sunrider
- Rel bumbung dan palang
- Rak bumbung Yakima LockNLoad
- Bahagian depan siap dengan pemegang batang pancing
- Bampar depan modular Ford Performance dan palang safari
- Pintu but jenis gelungsur (slide-out) yang boleh dijadikan meja kerja untuk membaiki joran
- Pelapik lantai jenis semua cuaca dan gad percik (splash guards)
2. Bronco Two-Door Trail Rig
Direka untuk penunggang denai (trail), dibina berasaskan siri 2-pintu Bronco Badlands.
- Bampar depan modular Ford Performance, pintu jenis tiub
- Roda boleh dipasangkan rim jenis beadlock
- Palang lampu RIGID LED 40 inci
- Winc (winch) Ford Performance by WARN
- Rel bumbung Ford dengan rak bumbung Yakima Platform dan pemegang penyodok
- Kit bantuan (recovery) dan papan bantuan Ford Performance by WARN
- Meja pada pintu but jenis ayun
3. Bronco Sport Trail Rig
Dibina kepada mereka yang mahu meningkatkan kembara di jalan off-road menggunakan 4x4 lasak. Dibina daripada siri Bronco Badlands.
- Tayar 31 inci BFGoodrich Mud-Terrain T/A® KM3
- Kit peninggian satu inci
- Lampu luar jalan raya Ford Performance by RIGID LED
- Rak bumbung Yakima LockNLoad Platform
- Pemegang peralatan seperti kit jek peninggian (high-lift)
- Papan bantuan Ford Performance dan tong isian (jerry can)
4. Bronco Sport TOW RZR
Dibina dari siri Bronco Badlands dengan penambahan aksesori dan teknologi.
- Aksesori tunda dan kargo untuk membawa lebih banyak peralatan aktiviti luar (outdoor)
- Palang Yakima HD Bar
- Bakul OffGrid
- Pakej Treler Tunda Class II Trailer dengan keupayaan tunda 1,000kg yang boleh digunakan untuk membawa kenderaan rupa bumi utiliti (UTV), Polaris RZR XP Turbo 1000
5. Bronco Sport Off-Roadeo Adventure Patrol
Dibina berasaskan Bronco Sport Badlands untuk aktiviti luar dan lasak.
- Platform kargo Yakima LockNLoad Platform untuk simpanan peralatan seperti jek peninggian, papan bantuan dan tong simpanan
- Lampu LED Ford Performance by RIGID
- Rak Yakima yang boleh bawa dua basikal gunung
- Sudut mendarat dron
Melalui pelbagai konsep yang ditayangkan ini, Ford nampaknya bersungguh mempopularkan Bronco sebagai SUV pilihan pengguna dan juga dijadikan ikon gaya hidup mereka. Usaha memperkenalkan semula Bronco nyata berbaloi apabila lebih 165,000 pelanggan meletakkan deposit AS$100 (RM417) untuk pesanan atas talian sepanjang tiga minggu pertama.
BACA >>> Ford Ranger Thunder - Wildtrak Edisi Terhad dengan Enjin Raptor, 210hp, 500Nm
Leave a Reply