• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Filipina Buka Tempahan Benelli TNT600i, Harga RM37.5k

Filipina Buka Tempahan Benelli TNT600i, Harga RM37.5k

August 11, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

356
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APRIL lalu Benelli memperkenalkan TNT600i (2020) di China dan kini model berkenaan mendarat di negara jiran Filipina pada harga 438,000 peso (RM37,570).

Sebagai permulaan, TNT600i (2020) dikuasakan enjin 4-lejang 4-silinder sebaris penyejukan air berkuasa 80hp @ 11,000rpm dan tork 55Nm @ 8,500rpm.

Didatangkan dengan frem trellis dan saiz tangki minyak 15 liter, naked bike ini menggunakan suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock jenis prabeban boleh laras di belakang. Tugas membrek diserahkan kepada brek cakera kembar 320mm di depan dan 260mm di belakang.

Bahagian roda disempurnakan rim 17 inci dan balutan tayar Pirelli 120mm di depan dan 180mm di belakang. Ketinggian pelana 800mm dan berat 223kg masih ideal untuk ditunggang majoriti penunggang negara itu. Naked bike ini juga didatangkan dengan sistem lampu LED penuh dan skrin TFT LCD.

TNT600i (2020) bukan model asing di Eropah, tetapi masih baharu untuk pasaran Asia, terutama Filipina. Di negara itu, model Benelli itu ditawarkan dalam pakej kewangan dengan bayaran pendahuluan rendah dan skim ansuran bulanan.

BACA >>> 2 Anak Muda Ini Bakal Cipta Sejarah Dengan Tunggang Benelli TnT600s Sejauh 5,000KM
BACA >>> #BikinMotor: Suzuki Satria F150 Minor Fighter dari Kapcai ke Sportbike Jadian!

benelli-tnt-600i-filipina-5
benelli-tnt-600i-filipina-2
benelli-tnt-600i-filipina-6
benelli-tnt-600i-filipina-1
benelli-tnt-600i-filipina-3
benelli-tnt-600i-filipina-4

Related

356
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Benelli Filipina, Benelli TNT600i, Filipina, Middleweight, naked bike, Pratempahan, roda2, tempahan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev