• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Rancang Wajibkan Aplikasi MySejahtera untuk Semua Premis Seluruh Negara

Kerajaan Rancang Wajibkan Aplikasi MySejahtera untuk Semua Premis Seluruh Negara

August 4, 2020 By Han Othman Leave a Comment

367
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN akan mewartakan pengunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis seluruh negara menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, langkah itu perlu kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalami masalah mengesan kontak rapat di premis yang tiada rekod maklumat pelanggan sekiranya berlaku kes positif Covid-19.

"Cabaran kementerian untuk mengesan kontak rapat sebab pertama premis tidak menggunakan MySejahtera atau aplikasi lain.

"Kedua, premis tiada rekod pelanggan. Sepatutnya premis perlu ada rekod pelanggan termasuk nombor telefon pelanggan yang masuk ke premis tersebut," katanya dalam sidang media perkembangan terkini COVID-19 di Putrajaya, semalam.

PELAKSANAAN TEMCO

Menjawab soalan mengenai tindakan KKM mengesan kontak rapat di premis yang tidak menggunakan aplikasi MySejahtera, Dr Noor Hisham berkata KKM sudah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) di kawasan terlibat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan Pejabat Peguam Negara akan mewartakan penggunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis seluruh negara dengan pengecualian dibenarkan di kawasan luar bandar, bandar kecil yang tiada capaian Internet.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menasihati masyarakat supaya tidak mengambil tindakan berupa ancaman fizikal terhadap pesakit Covid-19 kes index 8937, yang menjadi punca jangkitan kepada Kluster PUI Sivagangga.

"Individu tersebut memang sudah melanggar kepatuhan dan kita sudah denda individu itu. Jangan kita menjalankan atau mengambil undang-undang di tangan kita. Biarkan penguatkuasaan jalankan dan gunakan Akta 342 dan akta lain yang berkaitan," katanya.

BACA >>> Ismail: Kenderaan Persendirian Tak Wajib Pakai Pelitup Muka

SUMBER: Bernama

Related

367
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aplikasi, aplikasi mobil, Aplikasi MySejahtera, Auto Terkini, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Imbas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev