PERLU atau tidak penunggang atau rider kurier barang dan makanan seperti GrabFood, Lalamove dan seumpamanya diwajibkan mendaftarkan kotak simpan barang (top box) jenis fabrik atau plastik yang digunakan mereka?
Ini bukan isu di Malaysia, tetapi di Filipina, penunggang di sana perlu mendaftarkan kotak simpan barang yang digunakan mereka kepada pihak Kementerian Pengangkutan dengan bayaran 100 peso (RM8.60). Jika gagal melakukannya boleh didenda 5,000 peso (RM431)!
Portal Filipina, MotoPinas melaporkan Pejabat Pengangkutan Darat (LTO) meminta pekerja kurier bermotosikal mendaftarkan kotak barang dengan jabatan itu. Pendekatan itu selari dengan memo regulasi dikeluarkan LTO Filipina bertarikh 15 Mac 2016.
Antara perkara diwartakan memo itu adalah Garis Panduan Mengenai Pemeriksaan dan Tangkapan Berhubung Kotak Barang Atas (Top Box) dan Beg Sisi (Saddlebags).
Berdasarkan memo itu, LTO dengan jelas menyatakan 'ruang simpan barang top box yang dipasangkan pada pelana belakang motosikal atau skuter sebagai aksesori motosikal'.
BACA >>> Ini Mungkin Penunggang GrabFood Paling Laju di Malaysia, Hantar Makanan Naik Ducati
BEG GALAS ATAU KOTAK SIMPAN BARANG?
Persoalannya, adakah kotak simpan barang itu boleh dikategorikan sebagai beg galas berbentuk segi empat? Ini dibangkitkan seorang pembaca yang mendakwa itu cuma beg yang tidak tertakluk kepada peraturan tersebut.
Apabila persoalan itu diajukan MotoPinas kepada Pengarah Eksekutif LTO, Romeo Vera Cruz, beliau menjelaskan kotak simpan barang jenis lembut (soft box) juga termasuk dan tertakluk dalam regulasi sama, iaitu aksesori motosikal yang perlu didaftarkan.
Merujuk memo berkenaan, kotak simpan barang kustom yang tidak didaftarkan tertakluk kepada penangkapan dengan penalti 5,000 peso mengikut arahan pentabiran bersama Jabatan Pengangkutan (DOTr) 2014-01 Seksyen II-D.
BACA >>> Motosola Hasilkan Produk Kanopi Solar untuk Cas Bateri Motosikal Elektrik
SYARAT KOTAK SIMPAN BARANG
Memo sama juga menyatakan apa saja kotak simpan barang jenis top box yang direka khas untuk motosikal dan skuter yang sudah mendapat kelulusan Jabatan Perdagangan dan Industri (DTI) tidak perlu menjalani pemeriksaan dan pendaftaran serta tidak boleh ditahan.
Cuma, kotak simpan barang itu perlu dipasang baik pada motosikal dan mempunyai kapasiti maksimum untuk simpanan dua helmet muka penuh. Jika mana-mana top box tidak menepati syarat di atas, maka perlu didaftar dengan LTO. Ini termasuk kotak simpan barang jenis keras (hard box) kustom yang banyak digunakan penunggang kurier makanan segera dan soft box seperti penunggang kurier makanan seperto GrabFood.
Setiap kotak simpan barang perlu berukuran panjang 2 kaki (24 inci), lebar 2 kaki dan tinggi 2 kaki, dan diikat baik pada motosikal. Kotak simpang barang itu juga tidak boleh menghalang pandangan cermin sisi motosikal.
SUMBER: MotoPinas | MotoPinas 1
Leave a Reply