• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Berapakah Ansuran Pembeli Indonesia Kena Bayar untuk Kawasaki Ninja ZX-25R?

Berapakah Ansuran Pembeli Indonesia Kena Bayar untuk Kawasaki Ninja ZX-25R?

July 30, 2020 By Aryon Leave a Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Motor Indonesia rasmi melancarkan Ninja ZX-25R pada 10 Julai lalu menerusi pelancaran maya dengan harga bermula Rp96 juta (RM27,830) untuk varian Standard dan Rp112.9 juta (RM32,720) untuk varian ABS.

Ninja ZX-25R juga tampil dengan pilihan warna berbeza, iaitu Metallic Black Spark (hitam) sebagai satu-satunya warna untuk varian Standard, manakala pembeli varian ABS boleh memilih sama ada warna hitam yang sama seperti Standard, atau KRT Edition (Green Lime) dan Candy Plasma Blue (biru).

BACA >>> Mana Lebih Pantas? Kawasaki Ninja ZX-25R, Ninja 250SL atau Honda CBR250RR?

Berapakah ansuran yang perlu pembeli Indonesia bayar untuk memiliki sportbike 4-silinder 250cc ini jika memilih untuk membuat pinjaman kenderaan?

Di negara jiran itu, pembeli yang tertarik membeli Ninja ZX-25R ABS perlu membayar deposit sekurang-kurangnya Rp35 juta (RM10,145).

BACA >>> 14 Fakta Pantas: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Lancar, Harga Mula RM28k Sahaja!

PINJAMAN TIDAK LEBIH 3 TAHUN

Menurut maklumat dipetik portal GridOto, Pengurus Cawangan Kawasaki Matahari Tambun di Bekasi, Bero Riyanto berkata, deposit untuk varian ABS adalah antara Rp35 juta-Rp70 juta (RM10,145-RM20,290), iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus.

"Syaratnya, pembeli cuma perlu bawa fotokopi KTP (kad pengenalan) suami isteri, kartu keluarga (surat butiran keluarga), bukti pemilikan rumah dan dokumen lain seperti slip gaji atau bukti perniagaan," katanya.

Di bawah adalah jadual ansuran dan tempoh pinjaman atas jalan (OTR) untuk Ninja ZX-25R ABS di Jakarta, Depok, Tangerang, Bekasi dan Serang. Sebagai makluman, harga kenderaan di Indonesia adalah berbeza mengikut geografi wilayah (sama situasi seperti harga Sabah Sarawak, dan Langkawi  di Malaysia).

Contoh bayaran: Jika membayar deposit paling rendah Rp35 juta (RM10,145) dan memilih tempoh ansuran paling lama, 35 bulan (2 tahun 9 bulan), maka ansuran bulan yang perlu dibayar adalah Rp3,744,000 (RM1,080). Murah tak?

BACA >>> 12 Fakta Menarik Tentang Kawasaki Ninja H2R yang Perlu Anda Tahu

* Bayaran ansuran ditambah tiga digit 0 di hujung.

SUMBER: GridOto

Related

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ansuran Kawasaki Ninja ZX-25R, Auto Terkini, autotainment, Kawasaki, Kawasaki Motors Indonesia (KMI), Kawasaki Ninja ZX-25R, Pembeli Indonesia, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev