PASARAN motosikal Malaysia sepanjang Jun meningkat 24.5 peratus selepas mencatatkan rekod rendah dua bulan terdahulu.
Jualan separuh tahun pertama 2020 merekodkan 187,444 unit motosikal didaftarkan, menurun 27.2 peratus. Tahun ini unjuran jualan 520,000 unit, turun 5 peratus, yang juga kedua tertinggi dalam dekad ini.
Sebagai perbandingan, pertumbuhan tiga tahun terakhir, pasaran motosikal Malaysia tahun ini bermula sangat positif. Jualan Januari-Februari meningkat 22 peratus sebelum krisis Covid-19 melanda. Selepas itu, jualan turun 43 peratus pada Mac tahun ini.
Pada April 2020, semua aktiviti komersial terpaksa ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga jualan mencatatkan angka sifar. Apabila sektor ekonomi dibuka semula pada Mei, pasaran mengalami kerugian 58.6 peratus.
Akhirnya pada Jun, jualan motor meningkat 24.5 peratus, iaitu 42,190 unit motosikal didaftarkan, sekali gus mengakhiri separuh pertama 2020 dengan jualan 187,444 unit motosikal, tetapi masih merudum 27.2 peratus.
BACA >>> #ApaNakBuat: 6 Langkah Bersihkan Karburetor Motosikal
BUKAN KALI PERTAMA PASARAN MERUDUM
Ini bukan kali, kerana antara 2013 dan 2016, pasaran motosikal tempatan pernah merudum lebih 170,000 unit sebelum bangkit semula pada 2017. Menurut data dikeluarkan Persatuan Pengilang dan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MASAAM), pasaran domestik pada 2019 kembali dengan jualan 546,813 unit, meningkat 15.9 peratus berbanding tahun terdahulu.
Walaupun berada di kedudukan ke-5 di Asean, pasaran Malaysia sebenarnya antara terbesar dunia dan menduduki tempat ke-14 pada 2019. Pasaran tempatan didominasi model pemasangan tempatan (CKD) atau import dari Thailand dan Indonesia. Pasaran juga cukup dinamik dengan ketibaan beberapa jenama import.
YAMAHA KUASAI PASARAN
Llebih 60 peratus pasaran motosikal Malaysia didominasi dua pengeluar Jepun terbesar, iaitu Yamaha dan Honda. Pada 2019, Yamaha menjual 209,403 unit (+11%) dengan menguasai 36 peratus perkongsian pasaran dan disusuli Honda dengan rekod 187,000 unit (+33%).
Tempat ketiga dikuasai Kawasaki, manakala Jenama premium diterajui KTM, diikuti BMW, Harley Davidson dan Triumph.
BACA >>> Jualan Motosikal Malaysia ke-14 Terbesar Dunia, Yamaha dan Honda Kuasai Pasaran
BACA >>> Sebulan di Pasaran, SYM VF3i 185 LE Catat Jualan 2,500 Unit!
SUMBER: MotorcyclesData.com
Faezman says
Sepatutnya bleh naik lagi jika harga moto pun ikut pakej penjana yg PM umum kn..hrga kenderaan turun sbb tiada cukai jualan utk CKD tp smpi skrng hrga moto masih sama mcm sblum PKP. Adakah harga motosikal tidak terlibat dgn pakej ekonomi yg diumum PM?motosikal pun kenderaan juga