• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB500X (2021) Dilancarkan untuk Pasaran Global, Harga RM29k

Honda CB500X (2021) Dilancarkan untuk Pasaran Global, Harga RM29k

July 29, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA CB500X (2021)
sudah berkembang menjadi motosikal advencer (ADV) berstatus tinggi. CB500X yang asli sebenarnya lebih kepada streetbike, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini permintaan tinggi menukarkan model itu menjadi lebih kotor (dirt). 

Ini tidak mengejutkan kerana peminat motosikal advencer dengan bajet kecil akan memilih CB500X. Dengan berat 197kg,  saiz tangki tinggi 17 liter dan kombinasi rim 19/17 inci, jentera ini tiada masalah untuk dipasangkan tayar off-road dan suspensi dengan travel 6 inci. Pembeli boleh memiliki semua itu pada harga kurang AS$7,000 (RM29,740).

BACA >>> #BikinMotor: Honda ADV 150 Advance Explorer - Modifikasi Touring untuk Kembara Lasak

CB500X (2021) adalah pengangkutan luar biasa dengan berat badan ringan. Pengendalian mudah dan lincah dengan gabungan transmisi 6-kelajuan dan enjin 471cc DOHC membolehkan motosikal ini ditunggang dengan kelajuan tinggi tanpa membebankan enjin.

Sejak diperkenalkan Honda menjadikan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri standard untuk CB500X dengan brek cakera tunggal 320mm dan kaliper Nissin untuk memberi keyakinan membrek.

CB500X (2021) menampilkan ergonomik natural sebagai sportbike touring ADV terbaik. Ia didatangkan dengan warna Matte Black Metallic (hitam).

BACA >>> Model Advencer Aras Mula, Honda CB400X (2020) Lancar di Jepun

SPESIFIKASI

ENJIN: 4-lejang dwi-silinder 471cc DOHC Parallel-Twin PGM-FI
TRANSMISI: Manual 6-kelajuan
SUSPENSI (depan/belakang): Fork teleskopik 41mm tidak boleh laras dengan travel 1489mm (depan); Monoshock boleh laras dengan spring prabeban dan travel 134mm (belakang)
TAYAR: Dunlop Trailmax Mixtour 110/80 19 (depan); 160/60 17 (belakang)
BREK: Cakera 320mm, kaliper Nissin 4-piston (depan); Cakera 240mm, kaliper 2-piston (belakang)
ABS: Standard
KAPASITI TANGKI: 17 liter

GALERI
2021-honda-cb500x-3
2021-honda-cb500x-4
2021-honda-cb500x-5
2021-honda-cb500x-6
2021-Honda-CB500X-1
2021-Honda-CB500X-2

SUMBER: UltimateMotorcycling

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CB500X, Honda CB500X (2021), motosikal advencer, roda2

Comments

  1. Masdilah b Jamhi says

    August 27, 2020 at 1:35 PM

    What is the the price for Sarawak?Wonder if the bike come with side box..is the price increase?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev