• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Model Advencer Aras Mula, Honda CB400X (2020) Lancar di Jepun

Model Advencer Aras Mula, Honda CB400X (2020) Lancar di Jepun

June 29, 2020 By Aryon Leave a Comment

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA mengemas kini barisan advencer aras mula popular, CB400X di Jepun dengan menampilkan beberapa penambahbaikan kosmeti dengan aksen merah pada subfrem dan panel fairing, manakala padanan warna badan kini tampak lebih premium.

honda-cb400x-2020-jepun-9
honda-cb400x-2020-jepun-8
honda-cb400x-2020-jepun-10
honda-cb400x-2020-jepun-12
honda-cb400x-2020-jepun-13
honda-cb400x-2020-jepun-15

CB400X didatangkan standard dengan lampu LED di depan dan belakang. Visor angin boleh laras dua tetapan dikekalkan, manakala ciri lain seperti rim 7 jejari, komponen suspensi dan panel instrumen digital penuh dikekalkan.

Bagi model aras mula, CB400X juga dibekalkan beberapa ciri tidak asing yang ada pasa pesaing lain dalam segmen sama seperto klac anti-gelincir, ABS dwi-saluran, dwi-ekzos dan tuil klac oleh laras 5-tetapan untuk keselesaan tukaran gear.

BACA >>> Honda Eropah Pamer 6 Motosikal Custom Era Klasik, Moden

Dengan tinggi kelegaan tanah 150mm, CB400X sememangnya dihasilkan untuk tunggangan off-road yang lasak dan atas jalan biasa dengan permukaan jalan berkerikil dan tidak rata.

Ketinggian pelana 800mm mampu menepati majoriti fizikal penunggang. Trenkuasa pula dijana enjin 399cc Parallel-Twin dengan teknologi bahan api Honda PGM-Fi yang menghasilkan kuasa 45hp dan tork 38Nm @ 7,500rpm. Kuasa dihasilkan dihantar menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan yang ditala untuk keupayaan off-road ringan.

CB400X kini dijual untuk pasaran Jepun dalam dua pilihan warna: Matte Ballistic Black Metallic (hitam) dan Pearl Glare White (putih). Model global untuk jentera advencer ini ialah CB500X yang menampilkan gaya, ergonomik dan komponen sama, cuma dipasangkan enjin 471cc berkuasa 46hp.

BACA >>> Pereka Hasilkan Imej Bayangan Honda CBR750RR Ambil Ilham CBR1000RR-R

GALERI
honda-cb400x-2020-jepun-1
honda-cb400x-2020-jepun-2
honda-cb400x-2020-jepun-7
honda-cb400x-2020-jepun-3
honda-cb400x-2020-jepun-17
honda-cb400x-2020-jepun-4
honda-cb400x-2020-jepun-5
honda-cb400x-2020-jepun-6
honda-cb400x-2020-jepun-16
honda-cb400x-2020-jepun-8
honda-cb400x-2020-jepun-9
honda-cb400x-2020-jepun-10
honda-cb400x-2020-jepun-11
honda-cb400x-2020-jepun-12
honda-cb400x-2020-jepun-13
honda-cb400x-2020-jepun-14
honda-cb400x-2020-jepun-15

SUMBER: RideApart

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019
    Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my