Jepun dan Indonesia minggu lalu menerima Honda CBR250RR (2020) baharu. Berbeza Jepun, sportbike suku liter versi Indonesia dipasarkan sebagai CBR250RR SP Quick Shifter. Mungkin untuk menguar-uarkan Quick Shifter sebagai ciri baharu yang dilengkapkan pada model kali ini.
Selain Quick Shifter, ciri baharu lain dibekalkan pada varian CBR250R paling premium ini adalah klac antigelincir Assist and Slipper (A&S).
BACA >>> Indonesia Lancar Honda CBR250RR SP Quick Shifter (2020), Harga RM22k
CBR250RR SP Quick Shifter (foto atas) dijana enjin 4-lejang 8-injap dwi-silinder 249.7cc DOHC dengan teknologi PGM-FI berkuasa 39hp (41ps) @ 13,000rpm dan tork 25Nm @ 11,000rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.
Pada masa sama Indonesia sebenarnya masih menawarkan varian CBR250RR Standard dan ABS dalam rupa baharu, tetapi dijana trenkuasa lama, K64A berkuasa 38.1hp (38.7ps) dan tork 23.3Nm (lihat foto atas).
Walaupun tiada maklumat spesifikasi varian Standard dan ABS dalam laman web Astra Honda Motor (AHM), tetapi status mengenai varian enjin tersebut disahkan sendiri blogger permotoran negara jiran itu, IwanBanaran. Ini bermakna cuma CBR250RR SP Quick Shifter dibekalkan enjin 250cc baharu dengan ciri Quick Shifter dan A&S.
BACA >>> 14 Fakta Pantas: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Lancar, Harga Mula RM28k Sahaja!
Kesimpulannya, CBR250RR SP Quick Shifter adalah CBR250RR versi termaju. Kami juga awalnya sedikit keliru ketika menulis artikel CBR250RR tempoh hari.
Jadi tidak hairanlah AHM meletakkan 'Quick Shifter' sebagai nama baharu untuk CBR250RR SP. Ia dibuat bagi membezakan model itu dengan varian Standard dan ABS sedia ada.
Persoalannya, jika Malaysia membawa masuk CBR250RR baharu ini pada hujung tahun ini, varian enjin mana satukah akan diterima? Menurut khabar kami terima, Malaysia akan mendapat varian paling premium dengan enjin 39hp berserta ciri Quick Shifter dan A&S.
BACA >>> 12 Fakta Pantas: Honda CBR250RR (2020) Lancar di Jepun, Harga Mula RM32.7k
Jan says
sebetulnya kedua dua versi pun dah powerful, cuma masalahnya sekarang adalah harga.
pauzi jaafar says
Malaysia dapat poster jer la..Ntah bila boon sew nak bawa masuk. Mungkin faktor harga. Tapi Super cub c125 boleh pula bawa masuk. Tak pernah nampak pun kat atas jalanraya..