HONDA Japan baru saja melancarkan Honda CBR250RR (2020) yang pastinya dinantikan peminat Honda dan sportbike suku liter sedunia selepas beberapa foto intip bocor di media sosial.
Bilakah masuk Malaysia? Tunggu sajalah, kata orang kalau ada rezeki dan jodoh tak ke mana. Berikut beberapa fakta pantas yang perlu anda tahu tentang CBR250RR (2020) baharu ini:
1. Trenkuasa dipertingkat dan dilengkapkan ciri klac antigelincir Assist & Slipper dan anjakan gear lancar Quick Shifter. Seperti laporan terdahulu, CBR250RR (2020) kini berkuasa 39hp @ 13,000rpm (+3PS) dan tork 25Nm @ 11,000rpm (+2Nm).
2. Harga kekal sama dan dijadualkan berada di pasaran Jepun September nanti.
3. Walaupun, Kawasaki Ninja ZX-25R memiliki kuasa 43hp @15,500rpm, itu tidak bermakna CBR250RR tidak mampu memintas pesaing itu jika mengambil kira berat badan ringan dan pengendalian tajam serta tiada masalah jeda kuasa pada ouput enjin. Nisbah kuasa kepada berat adalah 4.097, iaitu hampir dengan ZX-25R STD (4.066) dan SE (4.088).
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Sportbike Supaya Kekal Anggun, Bersih
4. Tambahan kuasa enjin disumbangkan rekabentuk piston baharu yang meningkatkan nisbah mampatan 12:1 berbanding 11:5 pada model terdahulu.
5. Alur gelang piston disadur timah dan konrod diperkuat.
6. Bagi meminimumkan kehilangan geseran, diameter syaf imbang (balancer shaft) dikurangkan, termasuk beban spring injap dan tambahan takik (notch) pada hujung bawah silinder untuk mengurangi kehilangan pam pada mesin.
7. Dengan mengoptimumkan sistem ambilan dan mengubah struktur dalaman mufler (bentuk masih sama), bahagian trenkuasa dapat dipertingkat.
8. Honda juga menambah baik ketepatan sistem throttle-by-wire. Kehadiran ciri A&S mengurangkan tekanan operasi pada tuil klac dan mengelak tayar belakang terangkat.
9. Tawaran ciri Quick Shifter melancarkan anjakan gear. Bagaimanapun ciri ini ditawarkan berasingan pada harga 25,300 yen (RM1,008). Honda turut menawarkan tiga mod tunggangan dengan karakteristik pengendalian berbeza.
10. Geseran suspensi depan showa SFF dikurangkan dan kekuatan damper dioptimumkan untuk memudahkan pengendalian dalam bandar dan litar.
11. Tiada perubahan struktur asas seperti frem keluli tahan karat yang mengimbangi fleksibiliti dan asimetrikal aluminum swing arm dengan suspensi pro link. Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) didatangkan standard untuk semua varian.
12. CBR250RR (2020) ditawarkan dalam empat pilihan warna:
- Grand Prix Red (tiga warna) - 854,700 yen (RM34,060)
- Matt Gun Powder Black Metallic (hitam), Pearl Glare White (putih), Grand Prix Red (merah) - 821,700 yen (RM32,740)
BACA >>> Honda Jepun Perkenal Sistem Anti-Kecurian untuk CBR250RR
SPESIFIKASI HONDA CBR250RR
ENJIN: 2-silinder 4-lejang 249cc DOHC penyejukan air PGM-FI
KUASA DAN TORK: 39hp (41ps) @ 13,000rpm; 25Nm @ 25Nm @ 11,000rpm
TRANSMISI: Manual 6-kelajuan sirat malar (constant mesh), klac basah multiplat
NISBAH MAMPATAN: 12:1
TINGGI PELANA: 790mm
BERAT: 168kg
SUSPENSI: Telekospik terbalik USD (depan); Monoshock dengan swingarm Prolink (belakang)
BREK: Brek cakera hidraulik (depan dan belakang)
TAYAR: 110/70R17M/C 54H (depan); 140/70R17M/C 66H (belakang)
KAPASITI TANGKI: 14 liter
GALERI
SUMBER: YoungMachine
Jan says
x mustahil boleh lawan zx25r spec jepun. tapi zx25r spec indonesia lebih berkuasa, lebih kurang 49hp. jauh beza dgn 41hp.
Mohd Al Faizal says
That mini superbike is very suspension and full setting conditions good long distance to get pick up and cornering who wan't try race your maybe now the honda cbr 250rr engine after use