• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lamborghini Aventador SVJ Xago - 10 Unit Sahaja, Cuma Terima Tempahan Maya

Lamborghini Aventador SVJ Xago - 10 Unit Sahaja, Cuma Terima Tempahan Maya

July 28, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBAGAI pengeluar kereta eksotik, Lamborghini mempunyai pendekatan terbuka dan progresif seperti menawarkan kenderaan utiliti sukan (SUV), warna-warna menyerlah dan terkini membuka studio maya Ad Personam.

Studio tersebut menawarkan sesi perundingan untuk pelanggan serata dunia yang mahu memesan model Lamborghini mengikut cita rasa peribadi tanpa perlu menjejakkan kaki ke Sant’Agata Bolognese, Itali. Ini bermakna anda boleh membeli Lamborghini secara atas talian sahaja.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Lamborghini Terbaik Pernah Dikeluarkan

Caranya, bermula Julai 2020 pelanggan boleh menempah awal sesi khas rundingan sekitar dua jam bersama perunding jualan Lamborghini di bilik pameran atau lokasi lain dengan paparan pilihan Ad Personam. Panggilan video turut digunakan bersama model pilihan di studio.

Pelanggan akan diberikan cadangan rekaan dan konfigurasi secara langsung daripada staf Ad Personam yang menggunakan telefon pintar bagi melihat sekeliling dan perincian secara dekat. Selepas sesi rundingan maya, cadangan penuh akan dihantarkan kepada pelanggan, termasuk lakaran digital hingga kepada contoh bahan.

Ketua Pengawai Komersil Automobili Lamborghini, Giovanni Perosino berkata, dijangka lebih 150 sesi rundingan Ad Personam secara maya akan berlangsung tahun ini dan berterusan sebagai alternatif masa depan.

BACA >>> Pemandu Viva Dirempuh Lamborghini Dapat Ganti Myvi

LAMBORGHINI AVENTADOR SVH XAGO EDISI TERHAD

Ada lagi tawaran menarik, Lamborghini turut mengumumkan edisi istimewa Aventador SVJ Xago, dikeluarkan 10 unit sahaja khas buat pelanggan yang membuat tempahan secara maya. Model ini mengambil ilham awan heksagon di Kutub Utara di planet Zuhal, kekuatan heksagon secara alami dan tema hexagonita.

Rupa luaran Aventador SVJ Xago menampilkan bentuk heksagon perak dengan corak beransur pudar dan warna kontras unik Ad Personam berserta rim Nireo Ad Personam hitam kilat. Bahagian dalaman pula mengetengahkan corak kerusi eksklusif bertemakan hexagonita dengan warna kontras khas yang sepadan warna luaran.

Lamborghini Aventador SVJ Xago.09
Lamborghini Aventador SVJ Xago.08

Setiap satu daripada 10 unit Aventador SVJ Xago diberikan plat nombor khas.

Program Ad Personam dimulakan pada 2013 dengan studio khas dibuka pada 2016. Hari ini, ada lebih 50 peratus model Lamborghini dikeluarkan dengan sekurang-kurangnya satu perincian Ad Personam. Jumlah itu mewakili peningkatan peratusan tiga kali ganda sejak tiga tahun kebelakangan ini dengan Amerika Syarikat, Asia dan Britain sebagai pasaran terbesar.

BACA >>> Lamborghini Sián Roadster - Supercar Bumbung Terbuka yang Canggih, Eksotik

GALERI
Lamborghini Aventador SVJ Xago.03
Lamborghini Aventador SVJ Xago.05
Lamborghini Aventador SVJ Xago.07
Lamborghini Aventador SVJ Xago.01
Lamborghini Aventador SVJ Xago.02
Lamborghini Aventador SVJ Xago.04
Lamborghini Aventador SVJ Xago.06
Lamborghini Aventador SVJ Xago.08
Lamborghini Aventador SVJ Xago.09
Lamborghini Aventador SVJ Xago.10
Lamborghini Aventador SVJ Xago.11
Lamborghini Aventador SVJ Xago.12
Lamborghini Aventador SVJ Xago.13

Related

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Ad Personam Lamborghini, Automobili Lamborghini, Giovanni Perosino, Lamborghini, Lamborghini Aventador SVJ, Lamborghini Aventador SVJ Xago, Roda4, Studio Maya, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev