Baru saja dilancarkan sebulan lalu, Honda BR-V (2020) versi dipertingkat (facelift) sudah menerima lebih 1,400 unit tempahan.
Sejak diperkenalkan pada 2017, BR-V pantas menjadi antara model 7-kerusi popular di Malaysia dengan mencatatkan 32,600 unit jualan. Model versi facelift diperkenalkan pada 2 Jun lalu dalam dua varian E dan V dengan penampilan lebih segar dan ciri dikemas kini.
BACA >>> Honda BR-V (2020) Facelift Kini di Pusat Jualan, Harga Mula RM89k
Majoriti tempahan datang dari zon Tengah, iaitu sebanyak 42 peratus, dan 85 peratus tempahan memilih varian V, manakala selebihnya varian E. Warna pula, 24 peratus pembeli memilih warna Modern Steel Metallic.
Antara pembaharuan ditampilkan BR-V (2020) facelift untuk varian V ialah gril depan baharu, bampar depan baharu dengan kemasan bawah, rim aloi 16 inci dwi-tona baharu, antena sirip yu baharu, penapis kabin, penghidup tanpa kunci (keyless) dan lain-lain.
Varian E pula dipertingkat dengan pembesar suara twiter, lampu but, penapis kabin, paparan audio 7 inci, pedal syif, kerusi kemasan kulit dengan sulaman benang merah, tombol gear dengan benang merah dan pelbagai lagi.
Berikut harga BR-V (2020) facelift di Malaysia:
- BR-V E - RM86,726 (Standard) | RM86,998.73 (White Orchid Pearl)
- BR-V V - RM93,420.27 (Standard) | RM93,693 (White Orchid Pearl)
BR-V dijana enjin 1.5L SOHC i-VTEC berkuasa 118hp dan tork 145Nm dengan transmisi CVT. SUV ini adalah pilihan ideal untuk pelanggan berkeluarga kerana direka untuk ekstra keluasan untuk penumpang dan muatan barang.
BACA >>> #RetroAuto: MPV Mini Rupa Pelik, Daihatsu Materia (2007) Ini Pernah Popular di UK
Leave a Reply