RANAP tetapi selamat. Itulah apa menimpa sebuah Subaru Forester yang terlibat dalam kemalangan di Bandar Gamuda, Hanoi di Vietnam pada tengah hari, 18 Julai lalu.
Kemalangan berlaku ketika Forester itu dipandu duji seorang pelanggan sambil ditemani seorang staf Subaru. Mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas hingga memanjat kawasan bertebing sebelum merempuh sebatang pokok dari arah depan. Bagaimanapun, dia dan penumpang yang juga staf Subaru tidak mengalami kecederaan.
BACA >>> Subaru Forester GT Edition (2020) Lancar di Malaysia, Harga RM178k
Insiden itu juga menyaksikan lima daripada tujuh beg udara Forester mengembang dan melindungi pemandu dan penumpang. Kenapa hanya lima beg udara? Sebabnya, pelanggaran berlaku dari arah depan dan impak dihasilkan tidak cukup kuat untuk mengaktifkan beg udara sisi.
Kos baik pulih dianggarkan bernilai ratusan juta dong, tetapi akan ditanggung pihak insurans yang masih membuat penilaian dan siasatan. Perlindungan akan diberikan jika pemandu ada lesen memandu sah dan tidak berada di bawah pengaruh alkohol.
BACA >>> 13 Fakta Pantas - Subaru Forester (2019) dengan Teknologi EyeSight®
EYESIGHT TIDAK BERFUNGSI?
Forester diperkenalkan ke pasaran Vietnam pada Julai 2019 dalam empat varian pada harga kira-kira 1 bilion dong (RM183,700) yang turut dilengkapkan dengan teknologi bantuan pemandu, EyeSight.
Subaru EyeSight dicipta untuk membantu pemandu mengelakkan kemalangan dengan ciri sensor seakan 'pasangan mata tambahan pemandu'. Bagaimanapum, sistem itu dilaporkan tidak aktif ketika kemalangan berlaku. Kenapa itu berlaku?
Sebabnya, ciri Brek Pra-Perlanggaran (PCB) tidak berfungsi jika sistem mengesan pemandu sudah mengambil inisiatif untuk mengawal kenderaan seperti memijak pedal brek atau membrek. Dalam situasi itu, sistem menganggap pemandu dalam kondisi sedar, tahu dan bersiap sedia dengan situasi yang berlaku.
Forester dijana enjin boxer 2.0L berkuasa 156hp dan tork 196Nm, dengan transmisi automatik CVT dan sistem pacuan empat roda S-AWD. Melihat impak rempuhan dan rim depan, kedua-dua mangsa bertuah kerana sistem beg udara dapat berfungsi baik.
BACA >>> #PanduUji: Betulkah Subaru Forester (2019) dengan EyeSight Ini SUV Serba Lengkap?
SUMBER: Zing | Xe.Baogiaothong
Leave a Reply