• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Mana Lebih Pantas? Kawasaki Ninja ZX-25R, Ninja 250SL atau Honda CBR250RR?

Mana Lebih Pantas? Kawasaki Ninja ZX-25R, Ninja 250SL atau Honda CBR250RR?

July 22, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PRODUK sportbike suku liter 4-silinder kini menjadi topik hangat di negara jiran, Indonesia. Kehadiran Kawasaki Ninja ZX-25R membuatkan ramai teruja dan tertanya mengenai kemampuan model berkenaan. Adakah lebih laju berbanding jentera 1- atau 2-silinder?

Bagi menjawab persoalan itu, portal automotif negara seberang membuat perbandingan menggunakan alatan race logic antara Kawasaki Ninja ZX-25R, Ninja 250SL dan Honda CBR250RR.

BACA >>> Kawasaki Thailand Lancar Ninja ZX-25R, Cuma Satu Varian SE ABS, Harga RM36k

Kawasaki Ninja ZX-25R
Kawasaki Ninja 250SL
Honda CBR250RR

Spesifikasi kuasa Ninja ZX-25R memang mantap. Namun ada dua isu yang meragukan iaitu karakter 4-silinder yang dikatakan 'lemau' atau kurang bertenaga pada rev rendah, dan ditambah berat mencapai 182kg.

Model sejenama Ninja 250SL memiliki berat 151kg (beza 31kg!) dengan kuasa 26hp dan tork 22.6Nm @8200rpm. Model pesaing Honda CBR250RR pula memiliki kuasa 38.1hp dan tork 23.3Nm dengan berat 168kg.

Dari segi tork, CBR250RR lebih tinggi daripada Ninja ZX-25R. Berat lebih ringan dan kuasa pula dapat dicapai pada rev lebih rendah. Adakah angka itu sudah cukup menidakkan prestasi Ninja ZX-25R dengan menggunakan peranti ukur RaceLogic?

BACA >>> 14 Fakta Pantas: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Lancar, Harga Mula RM28k Sahaja!

racelogic-vbox-3
racelogic-vbox-4

Berikut hasil perbandingan menggunakan peranti RaceLogic V-Box ke atas tiga model bersesaran sama itu. Data dicapai dengan peranti dan penunggang sama.

KAWASAKI NINJA 250SL
  • 0-60kmj: 3.34 saat
  • 0-100kmj: 8.10 saat
HONDA CBR250RR
  • 0-60kmj: 3.36 saat
  • 0-100kmj: 7.38 saat
KAWASAKI NINJA ZX-25R
  • 0-60kmj: 3.47 saat
  • 0-100kmj: 6.23 saat

RINGKASAN KEPUTUSAN


Faktor berat dan jumlah silinder memang mempengaruhi prestasi rev rendah ZX-25R, tetapi tidak signifikan kerana angka rekod masih dalam julat tiga saat seperti pesaing lain, cuma berbeza angka belakang. Bagaimanapun, jurang angka berubah apabila melibatkan pecutan 0-100kmj.

Enjin 4-silinder ZX-25R memiliki putaran atas hingga 18,000rpm, hasil kombinasi Kawasaki Quick Shifter (KQS) yang membolehkan hantaran kuasa berterusan dicapai tanpa penurunan kuasa. Ninja ZX-25R mampu mencapai kelajuan 100kmj sepantas 6.23 saat, iaitu perbezaan ~2 saat (Ninja 250SL) dan ~1 saat (CBR250RR).

Kunci utama pecutan adalah saiz sproket belakang besar mencapai 48 dengan gabungan KQS hingga meminimumkan penurunan kuasa ketika berlaku anjakan gear. Kawasaki lebih fokus pada tork dan tidak peduli tentang kelajuan maksimum. Namun perbandingan ini bukanlah sesuatu yang rasional secara 'apple to apple' kerana faktanya 4-silinder tidak boleh dibandingkan dengan 2-silinder.

BACA >>> Young Machine Lakar Imej Bayangan Honda CBR250RR-R dengan Enjin 4-Silinder

SUMBER: IwanBanaran

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CBR250RR, Kawasaki, KAWASAKI NINJA 250SL, Kawasaki Ninja ZX-25R, Kawasaki ZX-25R, roda2, sportbike, Sportbike Suku Liter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev