• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP2020: Quartararo Menang Aksi Pasca Covid-19, Marquez Patah Tangan

#MotoGP2020: Quartararo Menang Aksi Pasca Covid-19, Marquez Patah Tangan

July 20, 2020 By Aryon Leave a Comment

220
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FABIO Quartararo
menjadi pelumba pertama memenangi Kejuaraan MotoGP 2020 dalam pusingan pembukaan pasca krisis wabak Covid-19 di GP Sepanyol di Circuito de Jerez.

Pelumba muda Perancis itu mendahului selepas Marc Marquez hampir saja terkeluar daripada saingan pada awal perlumbaan, tetapi sempat menyelematkan diri dan kembali ke trek di kedudukan ke-18. Bagaimanapun, juara bertahan itu sekali lagi tewas dan kali ini lebih teruk yang menyaksikan beliau diusung keluar dengan memakai pendakap leher sambil memegang tangan kanan.

BACA >>> Suzuki Jepun Lancar GSX-R125 ABS MotoGP Edition Sempena Aniversari ke-100

fabio-quartararo-jerez-motogp-2020
podim-gp-jerez-motogp-2020

Maverick Vinales menjadi satu-satunya wakil pelumba pasukan pengilang Yamaha selepas kekanda Valentino Rossi tersingkir akibat isu teknikal. Kemalangan menimpa Marquez itu nyata membuka peluang kepada Vinales, yang berlumba dengan tayar lembut, untuk meraih kedudukan kedua. Tempat ketiga diraih pelumba Ducati Team, Andrea Dovizioso.

Dua pelumba tidak dapat menyertai pusingan akhir di Jerez, ialah Alex Rins (Suzuki Ecstar) yang patah tulang bahu pada sesi kelayakan sehari sebelum itu, dan seorang lagi, Cal Crutchlow (LCR Honda) yang terpaksa melupakan mengalami kecederaan leher ketika sesi pemanasan.

Marquez, Rins dan Crutclow hanya ada lima hari untuk melepasi ujian kesihatan sebelum dibenarkan berlumba dalam aksi kedua GP Sepanyol minggu depan. Berita buruknya, ketiga-tiga mereka hampir pasti terlepas keseluruhan pusingan MotoGP musim ini.

BACA >>> Kalendar MotoGP 2020 Didedahkan, Aksi Mula di Sepanyol 19 Julai Ini

MARQUEZ PATAH TANGAN


Marquez baru saja disahkan patah tangan yang memerlukan beliau menjalani pembedahan, sekali gus memudarkan harapan untuk mempertahankan kejuaraan tahun lalu.

Menurut kenyataan Honda, Marquez patah tangan kanan bahagian humerus dan dihantar ke Hospital Universitari Dexeus di Barcelona untuk dibedah pasukan Dr Xavier Mir, esok. Tiada kecederaan serius pada bahagian kepala, tetapi masih dalam pemantauan selama 12 jam.

Tiada tarikh pasti bilakah beliau akan kembali pulih.

BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Saya Pakai Jika Menunggang Ketika Hujan

KEPUTUSAN GP SEPANYOL 2020

  1. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1) 41m 23.796s
  2. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) 41m 28.399s
  3. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20) 41m 29.742s
  4. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20) 41m 30.464s
  5. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) 41m 30.64s
  6. Pol Espargaro SPA Red Bull KTM (RC16) 41m 30.734s
  7. Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP20) 41m 36.823s
  8. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16) 41m 37.237s
  9. Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20) 41m 43.447s
  10. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) 41m 45.349s
  11. Johann Zarco FRA Reale Avintia (GP19) 41m 48.896s
  12. Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)* 41m 51.146s
  13. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16)* 41m 53.436s
  14. Tito Rabat SPA Reale Avintia (GP19) 41m 56.694s
  15. Bradley Smith GBR Aprilia Test Rider (RS-GP) 42m 3.478s
  • Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) DNF
  • Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)* DNF
  • Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) DNF
  • Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) DNF
  • Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF
  • Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF
  • Cal Crutchlow GBR Honda (RC213V) DNF

Related

220
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Fabio Quartararo, GP Sepanyol 2020, MotoGP 220, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev