• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Magnite Concept - SUV Segmen-B Baharu Akan Muncul di India

Nissan Magnite Concept - SUV Segmen-B Baharu Akan Muncul di India

July 20, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASARAN kenderaan utiliti sukan (SUV) semakin menjadi-jadi. Banyak mengeluar mula mengeluarkan produk SUV sendiri dari model prestasi tinggi seperti Lamborghini Urus hingga model kompak segmen-B seperti Toyota Raize.

Terbaru pada 17 Julai lalu, Nissan menayangkan model konsep segmen-B baharu, dinamakan Magnite Concept yang dijadualkan dilancarkan pada tahun ini di India.

BACA >>> 11 Fakta Pantas: Nissan Kicks e-POWER Lancar di Thailand, Harga Mula RM120k

Pemilihan nama Magnite adalah gabungan 'magnetic' dan 'ignite'. Magnetic menonjolkan rekabentuk dan ciri SUV tersebut yang bakal menarik pelanggan, manakala ignite menekankan permulaan era baharu yang mahu dibawa Nissan di India.

Magnite Concept dibina berdasarkan falsafah 'Dibuat di India, Dibuat untuk Dunia' (Make in India, Make for the World). Model ini dibangunkan di Jepun mengikut keperluan dan aspirasi pelanggan India.

Sebagai SUV segmen-B, ukuran Magnite di bawah 4 meter. Berdasarkan gambar ditunjukkan, penampilan model konsep itu nyata menyerlah. Ia nampak seperti Kicks dalam skala lebih kecil menerusi rekaan lampu tirus dan gril besar. Bahagian sisi tampil bergaya melalui bumbung hitam dan dinamik dengan gerbang roda lebar.

BACA >>> Nissan Perkenal Logo Baharu Selepas 20 Tahun, Ariya Jadi Model Pertama

Bahagian belakang dikemaskan dengan rekaan bersahaja pada lampu dan pintu but, manakala gaya bampar membawa imej lasak. Secara keseluruhan, Magnite nampak lasak dan menarik perhatian melalui penggunaan warna dwi tona.

Mengenai trenkuasa, Nissan belum mendedahkan perincian, tetapi tawaran munasabah ialah enjin 3-silinder 1.0L NA dan 1.0L Turbo. Penting untuk sebuah SUV kompak begini dijual pada harga mampu milik dengan kos pemilikan setara.

SUV segmen-B sebenarnya ada tarikan bagus, lengkap seperti hatchback tetapi dengan jarak kelegaan bumi lebih tinggi. Dengan pengenalan Magnite, Nissan kini memiliki barisan SUV komprehensif, dari Patrol, Pathfinder, Armada, hingga X-Trail, Juke, Qashqai dan Kicks.

BACA >>> Nissan Pulsar - Hatchback Turbo Berkuasa 188hp, 240Nm untuk Eropah

GALERI
Nissan Kicks pasaran India

Related

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nissan, Nissan Magnite, Nissan Magnite Concept (2020), Roda4, SUV, SUV segmen-B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my