• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Bentley Bentayga Four Seat Comfort (2021) Tawar Ruang Kabin Esktra Selesa

Bentley Bentayga Four Seat Comfort (2021) Tawar Ruang Kabin Esktra Selesa

July 22, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENTLEY Bentayga (2021) versi dipertingkat (facelift) didedahkan kepada umum pada 30 Jun lalu. Bentayga itu adalah kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama dihasilkan Bentley yang tidak hanya menjual ciri mewah sahaja.

Sebaliknya Bentayga dibangunkan sebagai SUV serba boleh yang mampu dipandu atas jalan raya biasa atau off-road dengan prestasi ibarat kereta sport.

BACA >>> Bentley Bentayga (2020) - SUV Mewah yang Setanding Kereta Prestasi, 542hp!

Sebagai jenama berprestij, penting untuk Bentley memenuhi dan menepati cita rasa pembeli Bentayga. Sudah tentu menjadi satu kejanggalan jika sesebuah kenderaan itu dibayar tinggi, tetapi kalah kepada SUV berlainan harga.

Antara ciri menarik ditawarkan Bentayga adalah opsyen jumlah tempat duduk dalam SUV itu yang boleh dipilih mengikut cita rasa pembeli sama ada 4-, 5- atau 7-kerusi. Inilah sebab kenapa Bentayga layak dipanggil SUV mewah versatil kerana jumlah kerusi pun boleh dipilih mengikut kehendak pembelinya.

Jadi, tiada masalah jika anda ialah si hartawan yang tidak sukakan kelajuan, tetapi mencari SUV mewah yang booeh dipandu bersama seisi keluarga.

Bentayga dalam artikel ini adalah varian Four Seat Comfort Specification yang dilancarkan bersama varian 5-kerusi pada Jun tahun ini. Dari segi sambutan, satu daripada lima unit Bentayga generasi sebelum dipasang dengan pilihan 4-kerusi.

Bentayga (2020) facelift hadir dengan beberapa pembaharuan seperti sudut sandaran maksimum kerusi belakang direndahkan daripada 32º kepada 40º, manakala pergerakan depan-belakang (fore and aft) ditambah 35mm. Kombinasi ini meningkatkan ruang kelegaan lutut sebanyak b100mm dalam posisi sandar, sekali gus memberikan lebih keselesaan kepada penumpang.

Semua kerusi dalam SUV ini direka semula sepenuhnya dengan lebih kontur lekuk, terutama bahagian bahu supaya penumpang selesa.

Selain perubahan fizikal, kerusi belakang varian ini didatangkan dengan fungsi pengudaraan sebagai tambahan kepada fungsi pemanasan yang menjadi ciri standard. Turut ada adalah enam tetapan urutan berbeza dan penyandar kepala kembang (winged).

BACA >>> Bentley Home Newent Collection - Harga Perabot Jenama Mewah Ini Lebih RM50k!

Lagi ciri mewah adalah konsol tengah yang memisahkan kerusi kiri dan kanan yang boleh digunakan sebagai ruang simpanan. Ada juga dua slot pengecas USB, manakala penutup but belakang turut diberikan kemasan kulit dan bukaan tengah (ski hatch) corak berlian.

Penumpang boleh bermain dengan teknologi melalui tablet Touch Screen Remote Control saiz lebih besar dan sama seperti model Flying Spur baharu. Paparan 5 inci itu menggunakan grafik lebih terkini dengan tambahan kuasa pemprosesan jenis teras-kuad (quad-core) dan memori 1GB RAM.

Peranti itu mampu mengawal pelbagai fungsi seperti pemanasan kerusi belakang, urutan, sistem media, navigasi, ambien kabin, tingkap kuasa elektrik dan bidai bumbung matahari.

BACA >>> Bentley Bentayga (2020) - SUV Mewah yang Setanding Kereta Prestasi, 542hp!

GALERI

Related

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bentley, Bentley Bentayga, Bentley Bentayga Four Seat Comfort (2021), Kabin Bentley Bentayga (2020), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my