• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Thailand Lancar Honda Forza 350, Kini Enjin Lebih Besar, Harga RM23k

Thailand Lancar Honda Forza 350, Kini Enjin Lebih Besar, Harga RM23k

July 16, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Motorcycle Thailand memperkenalkan Honda Forza 350 serba baharu yang didatangkan enjin lebih besar bersama teknologi eSP+ pada harga 173,500 baht (RM23,470).

Dibina berasaskan konsep 'Only For The Greatest Because There Is Only One', Forza 350 dijana enjin 4-lejang 330cc eSP yang lebih cekap dengan meminiumkan geseran enjin.

BACA >>> 14 Fakta Pantas: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Lancar, Harga Mula RM28k Sahaja!

Beberapa perubahan dilakukan seperti mengemas kini kedudukan radiator ke depan untuk memudahkan pembebasan haba panas dan pusat graviti (CoG) supaya lebih stabil. Bahagian ekzos juga dinaik taraf untuk mengurangkan kadar emisi.

Aspek penampilan tidak banyak berubah, dan masih sama seperti generasi terdahulu dengan mengekalkan bahasa rekabentuk skuter maksi gaya Forza 350 seperti ciri LED pada lampu utama, lampu henti kecemasan dan signal.

Honda Forza 350_1
Honda Forza 350_11
Honda Forza 350_2

Bahagian visor boleh laras secara elektrik hingga 150mm, manakala kluster instrumen menggabungkan digital-analog bersama port USB dan kunci pintar Honda SMART. Ruang simpanan bawah pelana mampu memuatkan dua helmet muka penuh dan ada juga ruang storan di depan.

BACA >>> Hyperdrive - Rancangan Realiti Ala Ninja Warrior Versi Kereta Kini dalam Netflix

Honda Forza 350_9
Honda Forza 350_5
Honda Forza 350_7

Bagaimanapun, kuasa dihasilkan skuter ini tidak didedahkan. Sebagai rujukan, Forza 300 menghasilkan kuasa 24.8hp dan dipacu transmisi CVT, manakala bahagian roda menggunakan rim 15 inci di depan dan 14 inci di belakang yang dipadankan brek cakera dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan dan belakang.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter

Skuter seberat 185kg ini dipadankan suspensi teleskopik depan dan absorber kembar di belakang. Ada empat pilihan warna ditawarkan, iaitu hitam, putih-biru, merah-hitam dan biru-hitam.

GALERI
Honda Forza 350_12
Honda Forza 350_1
Honda Forza 350_2
Honda Forza 350_3
Honda Forza 350_5
Honda Forza 350_7
Honda Forza 350_11
Honda Forza 350_9
Honda Forza 350_6
Honda Forza 350_8
Honda Forza 350_10
Honda Forza 350_4

Related

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda Forza 350, Honda Forza 350 (2020), Honda Thailand, roda2, skuter, skuter maksi

Comments

  1. Kumaradeva says

    September 26, 2021 at 7:15 PM

    I'm waiting for latest forza 350cc in malaysia..
    With more powerful engine
    Pls don't dispapointed Malaysia n people

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev