LEWIS Hamilton bukan saja pelumba bintang dalam sukan lumba Formula Satu (F1), tetapi juga antara atlet yang memiliki banyak koleksi kereta peribadi hebat dan semestinya peminat tegar kereta.
Semua tahu Hamilton ialah pelumba terhebat dalam F1 dengan rekod kemenangan enam gelaran juara dunia dan baru-baru ini menjuarai perlumbaan F1 di Red Bull Ring. Tentunya sebagai pelumba, beliau sudah memandu dan mencuba pelbagai jenis kenderaan.
BACA >>> 14 Fakta Pantas: Tentang Selebriti Motosikal Jesse James yang Perlu Anda Tahu
Sebagai pelumba dan selebriti sukan yang sentiasa menjadi buruan media, Hamilton bukan hanya menikmati keseronokan ketika memandu jentera F1, tetapi juga model jalanan. Beliau juga pemilik dan pengumpul beberapa koleksi kereta sejak beberapa tahun. Malah lantang menyuarakan pendapat peribadi tentang model kereta tertentu yang pernah dipandunya.
Artikel ini akan berkongsi pendapat Hamilton mengenai lima kereta yang pernah dipandu dan dimiliki, tetapi tidak digemarinya.
1. MERCEDES MAYBACH 600
Nampaknya lencana Maybach belum tentu dapat menambat hati pelumba dunia ini kerana beberapa tahun lalu beliau menjual Mayback S600 miliknya. Mungkin itu dibuat bagi memberi ruang kepada model lebih terkini dalam koleksi kereta peribadinya.
Model Mercedes itu merekodkan jarak perbatuan 44,257km dan hanya dijual pada harga AS$145,000 (RM628,430).
2. MCLAREN MP4-26
Ini satu lagi kereta McLaren F1 yang tidak disukai Hamilton. Beliau pernah menjuarai tiga perlumbaan pada 2011 dengan jentera ini, tetapi musim tersebut kurang bertuah kerana sering mengalami kemalangan, dan ditambah sikap Felipe Massa yang menjengkelkan. Hamilton melalui tahun yang suram sepanjang musim itu.
BACA >>> Muat Naik Foto dengan Superbike MV Agusta, Lewis Hamilton Tukar Karier?
3. PAGANI ZONDA
Agak pelik kerana kereta ini ada dalam garaj, tetapi Hamilton pula bukan peminat Zonda. Beliau pernah terserempak dengan model ini di Monaco dan menurutnya, pengendalian Zonda sangat teruk walaupun deruman dihasilkan terbaik.
Menurut Hamilton, Zonda ialah kereta dengan pemanduan paling teruk pernah dimilikinya.
BACA >>> #TahukahAnda: McLaren Pilih Nama Senna Sempena Peringati Jaguh F1, Ayrton Senna
4. FORD MUSTANG GT500
Anda mungkin pelik Hamilton memiliki Mustang sedang beliau tidak begitu berminat dengan kereta muscle. Sebenarnya, kereta ini ialah unit replika asli yang direka khas untuknya.
Walaupun Hamilton sukakan penampilan Ford Mustang, tetapi tidak untuk pemanduan. Menurutnya; “Kereta cantik, tapi sampah. Pengeluar (Ford) buat kerja cat dengan baik, tetapi selebihnya pasal kereta ini tak bagus, jadi saya tak pernah pandu."
5. MCLAREN MP4-24
Walaupun Hamilton menang perlumbaan dengan setiap jentera F1 yang dipandunya, beliau tidak sukakan MP4-24. Tahun 2010 adalah musim naik turun buat beliau dan McLaren. Malah, beliau hanya menang tiga perlumbaan tahun itu.
BACA >>> Rossi Pandu Kereta F1, Hamilton Tuggang Yamaha M1!
BACA >>> Daimler Hairan Bagaimana Kim Jong-Un Boleh Ada Mercedes Maybach?
SUMBER: HotCars
Leave a Reply