• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Honda Winner (RS150R) Bikin Sampai RM36k, Siap Pasang Quick Shifter

#BikinMotor: Honda Winner (RS150R) Bikin Sampai RM36k, Siap Pasang Quick Shifter

July 16, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VIETNAM menjadi negara pertama menyambut ketibaan kapcai Honda Winner berkapasiti 150cc pada April 2016 (Indonesia: Supra GTR, Malaysia: RS150R) yang dianggap sebagai pencabar utama pesaing Yamaha Exciter (Malaysia: Y15ZR) dalam kelas supermoped 150.

Selepas tiga tahun, Honda memperkenalkan model generasi baharu Winner X di Vietnam, tetapi masih ada pemilik yang kekal setia dengan Winner lama walaupun teknologi sedia ada agak ketinggalan berbanding model baharu itu.

BACA >>> Jawapan BSH: Kenapa Honda Winner X Tak Masuk Malaysia?

Winner ini adalah milik seorang mat motor di daerah Tan Phu, bandar Ho Chi Minh City. Dia melabur lebih 200 juta dong (RM36,875) untuk mengubah suai kapcai tersebut, dan modifikais paling utama adalah memasang komponen Quick Shifter (QS) pada sistem transmisi.

Teknologi QS lahir dari litar lumba dan kini sudah diaplikasi pada model motosikal kegunaan jalan raya biasa. Teknologi ini membolehkan gear ditukar tanpa perlu lepaskan perahan terotel atau menaik tuil klac. Anda boleh baca lanjut tentang Quick Shifter di sini.

Winner ini menggunakan QS jenama aRacer jenis universal untuk enjin silinder tunggal. Komponen kalis air ini dikatakan ada 10 tahap tetapan. Tambahan lain ialah alat kawalan tetapan (termasuk kadar kemasukan udara, kelajuan enjin, bukaan terotel) dan jam pemasaan perlumbaan jenama sama. Tiada maklumat harga didedahkan.

Cover set asal sudah ditukar kepada gaya Supra GTR seperti di Indonesia manakala rim digantikan kepada jenama Rapido daripada Malaysia. Rim Rapido ini dihasilkan daripada aluminium menggunakan teknologi CNC. Ini membantu mengurangkan sedikit berat keseluruhan motosikal. Harga rim ini dikhabarkan 35 juta dong (RM6,455).

Sistem brek cakera ditambah baik dengan penggunaan kaliper Brembo Monobloc pada roda depan dan jenis perlumbaan Brembo KTM Billet di belakang. Cakera brek berjenama Brembo selain tambahan kabel minyak prestasi Hel. Kos keseluruhan set brek ini lebih 90 juta dong (RM16,600).

Kawalan aliran cecair brek menerusi kabel ke kaliper belakang dibantu pam jenama Brembo Billet, berharga 30 juta dong (RM5,530).

Tuil brek Brembo Billet dan tuil klac Kohken V2 menjadi pilihan mat motor ini. Dia juga memasang konsol suis Lightmaster pada bar hendal. Semua komponen ini bernilai 30 juta dong (RM5,530).

BACA >>> #BikinMotor: Honda Supra GTR150 Tukar Enjin CBR250RR dengan Kuasa 36.3hp!

Winner QS 7
Winner QS 11
Winner QS 9
Winner QS 8

Kluster meter Koso RXF dengan paparan TFT berwarna dipasangkan pada kapcai ini, menunjukkan 18 parameter maklumat seperti suhu, masa, spidometer kelajuan dan lain-lain. Harga? Cuma 15 juta dong (RM2,770).

Sistem ekzos ialah AHM M3 daripada titanium. Sistem suspensi Nitron menjadi pilihan iaitu jenama kedua paling popular selepas Öhlins di Vietnam. Sistem damper sokongan Matris dengan 16 tahap penyelarasan dipasang untuk membantu mengurangkan kesan goyang ketika pecutan.

Malangnya, tiada maklumat didedahkan mengenai naik taraf dalaman enjin atau output kuasa yang mampu dijana selepas berbelanja besar untuk banyak komponen berjenama terkenal. Kelajuan maksimum kapcai ini nampaknya sengaja dirahsiakan.

BACA >>> Tular Foto Kemalangan di Vietnam, Fairing Honda Winner X Senang Rabak?

GALERI
Winner QS
Winner QS 14
Winner QS 7
Winner QS 12
Winner QS 6
Winner QS 8
Winner QS 10
Winner QS 11
Winner QS 3
Winner QS 4
Winner QS 2
Winner QS 5
Winner QS 13
Winner QS 9
Winner QS 1

SUMBER: ZingNews.vn

Related

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Auto, bikin motor, Honda RS150R, Honda Winner, Kapcai, Quick Shifter, roda2, Supermoped

Comments

  1. Burung Antu says

    July 18, 2020 at 9:15 AM

    mahal jugak harga spare part di Vietnam ye?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev