• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Benarkah Ini Brosur PROTON Saga Baharu? Atau Sekadar Desain Suka-Suka?

Benarkah Ini Brosur PROTON Saga Baharu? Atau Sekadar Desain Suka-Suka?

June 29, 2016 By Han Othman 2 Comments

320
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

saga-hatchback-rs
BARU saja gempar dengan foto 'spyshot' PROTON Saga baru wagon, semalam. Sebentar tadi kami terima pula kiriman foto brosur PROTON Saga baharu daripada sumber rahsia yang enggan dikenali. Apakah ini Saga baharu yang dimaksudkan? Ataupun sekadar rekaan imaginasi peminat automotif Malaysia yang sememang serba kreatif?

Melihat kepada foto diberikan, ada tiga jenis varian diperkenalkan; Saga, Saga Hatchback dan Saga RS. Maklumat brosur berkenaan turut mendedahkan spesifikasi enjin seperti di bawah:

  • SAGA - 1.3L i-Campro CPS (108hp)/1.6L  i-Campro CPS (128hp) | AT/MT 5-kelajuan | 2 beg udara, ABS & EBD | 6 pembesar suara | lampu depan HID
  • SAGA HATCHBACK - 1.3L i-Campro CPS (108hp) | AT/MT 5-kelajuan | 2 beg udara, ABS & EBD | 6 pembesar suara | lampu depan HID
  • SAGA RS - 1.6L i-Campro Turbo (168hp) | AT/MT 6-kelajuan | 2 beg udara, ABS & EBD | 6 pembesar suara | lampu depan HID | GPS terbina dalam

LOGO BARU PROTON

Lambang pada gril hadapan ialah logo 3D baharu PROTON yang sama digunakan pada Perdana. Varian paling menarik sudah tentu Saga RS yang tampil dengan enjin Turbo berkuasa 168hp dengan opsyen transmisi 6-kelajuan automatik atau manual. Saga RS turut dibekalkan lampu kabus LED dan tertera lambang RS di gril hadapan dan belakang but.

gril-saga
PROTON NEW LOGO

Desain pandangan hadapan dan belakang tidak banyak berubah, di mana imej Saga lama masih kuat. Namun, sukar mengulas lanjut hal desain kerana tiada foto pandangan sisi dan sudut sendeng. Ini termasuk ruang interior. Kualiti piksel foto yang dikirim juga membuatkan paparan brosur kabur seakan disunting.

Kami juga tidak menolak kemungkin foto brosur ini sekadar desain suka-suka berdasarkan dua ralat penting. Pertama, kesilapan ejaan pada ayat 'Repelacement' pada varian Saga Hatchback. Kedua, ayat 'A New Saga Begins' yang merupakan slogan iklan bagi model Saga lama. 😉

Related

320
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, foto brosur Proton Saga baharu, PROTON Holding Berhad, Proton Saga 2016, Proton Saga Baharu

Comments

  1. WJS says

    June 29, 2016 at 5:44 PM

    Confirm design suka-suka je.. grill dan lampu pada brochure ni langsung tak kena.. design lampu dan grill Saga baru lebih menarik dan kemas daripada design pada Saga FL/FLX. Yg brochure suka-suka ni pakai balik lampu FL/FLX je.

    Reply
  2. samad says

    June 30, 2016 at 8:54 AM

    kalau difikirkan tak lojik 6 speed auto sedangkan perdana baru pun guna 5 speed auto jer, dan 168HP.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev