Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Benarkah Ini Brosur PROTON Saga Baharu? Atau Sekadar Desain Suka-Suka?
Auto Terkini

Benarkah Ini Brosur PROTON Saga Baharu? Atau Sekadar Desain Suka-Suka?

Han OthmanBy Han Othman29/06/20162 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

saga-hatchback-rs
BARU saja gempar dengan foto ‘spyshot’ PROTON Saga baru wagon, semalam. Sebentar tadi kami terima pula kiriman foto brosur PROTON Saga baharu daripada sumber rahsia yang enggan dikenali. Apakah ini Saga baharu yang dimaksudkan? Ataupun sekadar rekaan imaginasi peminat automotif Malaysia yang sememang serba kreatif?

Melihat kepada foto diberikan, ada tiga jenis varian diperkenalkan; Saga, Saga Hatchback dan Saga RS. Maklumat brosur berkenaan turut mendedahkan spesifikasi enjin seperti di bawah:

  • SAGA – 1.3L i-Campro CPS (108hp)/1.6L  i-Campro CPS (128hp) | AT/MT 5-kelajuan | 2 beg udara, ABS & EBD | 6 pembesar suara | lampu depan HID
  • SAGA HATCHBACK – 1.3L i-Campro CPS (108hp) | AT/MT 5-kelajuan | 2 beg udara, ABS & EBD | 6 pembesar suara | lampu depan HID
  • SAGA RS – 1.6L i-Campro Turbo (168hp) | AT/MT 6-kelajuan | 2 beg udara, ABS & EBD | 6 pembesar suara | lampu depan HID | GPS terbina dalam

LOGO BARU PROTON

Lambang pada gril hadapan ialah logo 3D baharu PROTON yang sama digunakan pada Perdana. Varian paling menarik sudah tentu Saga RS yang tampil dengan enjin Turbo berkuasa 168hp dengan opsyen transmisi 6-kelajuan automatik atau manual. Saga RS turut dibekalkan lampu kabus LED dan tertera lambang RS di gril hadapan dan belakang but.

Desain pandangan hadapan dan belakang tidak banyak berubah, di mana imej Saga lama masih kuat. Namun, sukar mengulas lanjut hal desain kerana tiada foto pandangan sisi dan sudut sendeng. Ini termasuk ruang interior. Kualiti piksel foto yang dikirim juga membuatkan paparan brosur kabur seakan disunting.

Kami juga tidak menolak kemungkin foto brosur ini sekadar desain suka-suka berdasarkan dua ralat penting. Pertama, kesilapan ejaan pada ayat ‘Repelacement’ pada varian Saga Hatchback. Kedua, ayat ‘A New Saga Begins’ yang merupakan slogan iklan bagi model Saga lama. 😉

autoterkini foto brosur Proton Saga baharu PROTON Holding Berhad Proton Saga 2016 Proton Saga Baharu
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

23/01/2026
Auto Terkini

DENZA Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Disahkan Kekal Hingga 2026

23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

23/01/2026

2 Comments

  1. WJS on 29/06/2016 17:44

    Confirm design suka-suka je.. grill dan lampu pada brochure ni langsung tak kena.. design lampu dan grill Saga baru lebih menarik dan kemas daripada design pada Saga FL/FLX. Yg brochure suka-suka ni pakai balik lampu FL/FLX je.

    Reply
  2. samad on 30/06/2016 08:54

    kalau difikirkan tak lojik 6 speed auto sedangkan perdana baru pun guna 5 speed auto jer, dan 168HP.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.