• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Tukar Exciter 135 Jadi 135LC Versi Malaysia, Kos RM18k!

#BikinMotor: Tukar Exciter 135 Jadi 135LC Versi Malaysia, Kos RM18k!

July 14, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

239
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Exciter 135 (Malaysia: 135LC) sudah lama ditamatkan perkhidmatan di Vietnam selepas kemunculan Exciter 150cc (Malaysia: Y15ZR ). Namun di Malaysia, 135LC masih lagi dijual, cuma dalam transmisi klac automatik sahaja.

Uniknya, seorang pemilik Exciter 135 di Vietnam memilih untuk mengubah suai kapcainya itu mirip 135LC di Malaysia dengan kos keseluruhan bernilai 100 juta dong (RM18,360)!

Langkah pertama yang dilakukan adalah menanggalkan set fairing Exciter 135 untuk digantikan dengan komponen 135LC biru-kelabu dengan beberapa pelekat badan kustom.

Kapcai itu turut dipadankan dengan tuil brek, klac Brembo dan kit terotel Domino. Turut tersedia meter baharu dengan paparan takometer analog dan spidometer digital, berbeza 135LC Malaysia tanpa takometer.

Yamaha Exciter 135 Vietnam Kustom_2
Yamaha Exciter 135 Vietnam Kustom_5
Yamaha Exciter 135 Vietnam Kustom_4
Yamaha Exciter 135 Vietnam Kustom_7

Damper Matris SDR hitam kuning dipilih utnuk menawarkan keselesaan tunggangan, terutama ketika memecut laju. Bahagian roda dilengkapkan rim 5 jejari Daytona bentuk Y yang berharga sekitar RM1,850 dan dipadankan dengan kaliper brek Frando di depan dan dwi-cakera Galfer di belakang.

BACA >>> CEO Modenas: ZX-25R CKD Belum Muktamad, Supermoped Kena Tunggu 2-3 Tahun!

Keselesaan pembonceng disokong unit suspensi Ohlins dengan sambungan satu tangki minyak kecil untuk menyerap impak gegaran dan hentakan. Sistem ekzos menggunakan jenama LeoVince yang dipadankan paip titanium dan mufler gentian karbon.

Enjin asal Exciter 135 jenis silinder tunggal 134.4cc SOHC berkuasa 12hp @ 8,500rpm dan tork 11.79Nm @ 5,000rpm. Jika diteliti, ada tambahan kuasa hasil modifikasi enjin, termasuk penggunaan komponen pencucuhan baharu. Namun, pemilik tidak mendedahkan modifikasi dilakukan.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha Exciter 135 Tukar Jadi Kapcai Ayago X1R, Kos RM27k!
BACA >>> Jualan Motosikal Jepun Merosot, Kapcai 50cc Dijangka Pupus

GALERI
Yamaha Exciter 135 Vietnam Kustom_8
Yamaha Exciter 135 Vietnam Kustom_3
Yamaha Exciter 135 Vietnam Kustom_12
Yamaha Exciter 135 Vietnam Kustom_11
Yamaha Exciter 135 Vietnam Kustom_5
Yamaha Exciter 135 Vietnam Kustom_9
Yamaha Exciter 135 Vietnam Kustom_6
Yamaha Exciter 135 Vietnam Kustom_10
Yamaha Exciter 135 Vietnam Kustom_7
Yamaha Exciter 135 Vietnam Kustom_4
Yamaha Exciter 135 Vietnam Kustom_2

 

 

Related

239
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikinmotor, Hong Leong Yamaha Motor, Kapcai, kustom, Modifikasi, motor kapcai, Yamaha, Yamaha 135LC, Yamaha Exciter 135

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev