• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 10 Lamborghini Terbaik Pernah Dikeluarkan

#TahukahAnda: 10 Lamborghini Terbaik Pernah Dikeluarkan

July 24, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

438
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEDIKIT pasal sejarah Lamborghini. Automobili Lamborghini SpA diasaskan Ferrucio Lamborghini pada 1963 untuk bersaing dengan beberapa jenama sedia ada, termasuk Ferrari. Sepuluh tahun pertama, pengeluar itu berkembang dengan baik, tetapi mengalami zaman kegelapan berikuta krisis minyak dan kewangan dunia yang melanda dunia pada 1973.

ferruccio-lamborghini
lamborghini-logo

Lamborghini berubah pemilikan sebanyak tiga kali selepas 1973, termasuk disenaraikan bankrap pada 1978. Kemudian pengeluar automotif dari Amerika Syarikat, Chrysler Corporation mengambil alih jenama itu pada 1987 sebelum menjual kepada syarikat pelaburan Malaysia Mycom Setdco dan syarikat Indonesia V'Power Corporation pada 1994.

Kemudian 1998, Mycom Setdco dan V'Power menjual Lamborghini kepada Volkswagen Group sampai sekarang. Apakah model terbaik yang pernah dikeluarkan jenama mewah itu sepanjang 57 tahun di pasaran? Kami senaraikan buat anda.

BACA >>> 24Bottles for Automobili Lamborghini Clima Bottle - Botol Air Seragam Aventador SVJ

1. LAMBORGHINI MIURA

Lamborghini Miura ialah supercar tercantik pernah dihasilkan yang kali pertama muncul di Pameran Auto Geneva 1996. Sejak itu, industri automotif tidak lagi sama. Pada masa itu, Miura adalah kereta pengeluaran terpantas di dunia yang dijana enjin tengah (mid-engine) V12 lintang (transverse) pertama.

Maka tidak hairan supercar itu pilihan terbaik Lamborghini yang pernah ada. Bentuk badan berotot dan langsing, serta lampu depan boleh lipar-buka membuatkan ia jadi model idaman.

2. LAMBORGHINI COUNTACH

Lamborghini Countach adalah versi paling langka boleh ditemui di garaj, tetapi mudah ditemui dalam bilik remaja sebagai poster dinding.  Rata-rata mereka menjadikan model itu sebagai supercar idaman. Countach seakan datang dari dunia lain apabila debut di Pameran Motor Geneva 1971.

Selain gaya dramatik, supercar itu menampilkan enjin V12 berkuasa 375hp. Walaupun angka berkenaan tidak masuk akal, tetapi itulah yang menjadikan Countach jentera hebat.

3. LAMBORGHINI SESTO ELEMENTO

Ada enam unsur: bumi, air, udara, api, kegilaan, dan penglihatan. Itulah resipi pembangunan Lamborghini Sesto Elemento. Walaupun bunyi gah, nama itu tidak merujuk unsur klasik, tetapi bilangan atom karbon. Seperti biasa, supaya nampak lebih menyerlah, Lamborghini membina supercar ini menggunakan gentian karbon.

Semua untuk kereta ini, termasuk rim dan kaca depan dibuat daripada gentian karbon. Dan seperti anda bayangkan, berat Sesto Elemento cuma 999kg, dan mampu meledakkan kuasa 562hp dan tork 540Nm daripada enjin 5.2L. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 2.5 saat.

BACA >>> #BikinKereta: Toyota RAV4 XR51 Edition Ala Lamborghini Urus

4. LAMBORGHINI MURCIELAGO

Lamborghini Murcielago adalah kereta luar biasa yang mungkin akan menarik perhatian anda sepanjang hayat. Hati dan jiwa sebenar kereta ini adalah pengalaman pemanduan yang dipenuhi dengan detik mengejutkan, degupan jantung tinggi dan mata terbeliak.

Walaupun bertahun-tahun atas jalan dan dikeluarkan begitu banyak, Murcielago masih mendapat tempat istimewa dalam industri kereta. Supercar ini bukan tentang kekuatan daripada pilihan enjin 6.2-6.5L V12 dengan kuasa bermula 580hp. Nampak cukup standard pada masa kini, tetapi semangat fanatik dan wacko diwakili model itu. Itulah yang tidak akan menjadikan Murcielago tua.

5. LAMBORGHINI ESPADA

Lamborghini Espada adalah satu-satunya model 4-kerusi dibangunkan pengeluar Itali itu. Ini sudah cukup menjadikan model ini unik. Grand touring coupe ini dibangunkan antara 1968 dan 1978 dengan trenkuasa 3.9L V12 berkuasa 321hp. Angka kuasa itu mungkin tidak memberangsangkan pada era moden ini, tetapi pada era 70-an, jumlah itu cukup mengagumkan.

Ditambah gaya melampau dan khas yang awalnya nampak aneh. Tetapi tidak terlalu ganjil buat Lamborghini. Espada direka Marcello Gandini dari Bertone, iaitu pereka sama yang menghasilkan Miura dan Countach. Espada mencatatkan jualan baik yang menjadi antara model yang melonjakkan Lamborghini seperti sekarang.

6. LAMBORGHINI HURACAN

Walaupun Lamborghini bermain selamat, mereka tidak membuat sesuatu yang membosankan dan perlahan. Jenama ini mencipta sesuatu yang dikatakan DNA Lambo. Dinamakan sempena dewa angin, taufan, dan api, Huracan adalah sesuatu yang sederhana.

Walaupun menampilkan enjin 5.2L V10 berkuasa 560bhp daripada Gallardo, Huracan berjaya membawa sesuatu yang baharu kepada penonton. Inilah sebab Huracan menjadi model Lamborghini terlaris dengan jualan 14,022 unit seluruh dunia.

7. LAMBORGHINI LM002

Sekiranya ada satu kenderaan utiliti sukan (SUV) dunia yang harus dibangunkan, itulah Lamborghini LM002 yang juga dikenali sebagai kereta paling gila 1980-an. Ini tidak mengejutkan, kerana kemampuan enjin, deruman ekzos  kuat, dan fakta yang mengatakan ia dibina berasaskan Countach.

LM002 mempunyai kuasa 455hp, berat lebih 3039kg dan pecutan 0-100kmj dalam 7.7 saat.

8. LAMBORGHINI DIABLO

Semua penderitaan yang ada di dunia dapat ditenggelamkan Lamborghini Diablo. Ini ialah supercar jahat utama berbanding model Lamborghini lain di luar sana.

Ini juga Lamborghini pertama yang mencapai kelajuan 200mph (322kmj). Diablo dengan anggun menggantikan Countach dengan gaya 90-an. Versi GT mampu mencapai kuasa 575hp dan tork 630Nm. Ini benar-benar melampau yang menjadi resepi Lamborghini untuk menghidupkan produk kereta mewah jenama itu.

9. LAMBORGHINI AVENTADOR

Lamborghini Aventador atau juga dikenali sebagai 'lembu jantan' kali pertama diumumkan di Pameran Motor Geneva 2011 yang  membuatkan semua orang merindukan supercar itu. Pengeluaran terhad kepada 4,000 unit setahun, tetapi pada 2016 mencapai jualan 5000 unit.

Tidak hairanlah apabila anda menimbangkan enjin binaan dalaman Lamborghini kelima dan rekabentuk V12 kedua sejak 350 GT. Ia mempunyai kuasa 690hp dan tork 690Nm serta mampu mencapai 0-100kmj dalam masa 2.9 saat. Hari ini, pengeluaran model ini masih berterusan dan menjadi antara model Lamborghini paling berjaya pernah dihasilkan.

10. LAMBORGHINI 350 GT

Satu karya seni bergerak. Inilah Lamborghini 350 GT. Selain penampilan dan bentuk, 350 GT mempunyai sejarah luar biasa. Inilah kereta pertama yang mnyerlahkan kehebatan Lamborghini sebagai pesaing utama kepada Ferrari.

350 GT diumumkan di Pameran Motor Geneva 1964 dengan menampilkan enjin V12 yang dikurangkan kuasa daripada 360hp kepada 270hp, dan tork 324Nm. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas tempoh 7.7 saat, manakala kelajuan maksimum 249kmj. Seperti yang anda jangkakan, angka ini memang mengagumkan semua.

Tidak lama kemudian, Lamborghini perlu meningkatkan pengeluaran 25 unit sebulan. Malangnya, hanya 120 unit yang dibina, semuanya dihasilkan secara buatan tangan yang menjadikan ia sangat jarang ditemui.

BACA >>> #BikinKereta: Mekap Lamborghini Aventador SV Gaya Chris Brown
BACA >>> 14 Supercar yang Perlukan Kebenaran Khas Pengeluar untuk Dimiliki

SUMBER: Hotcars | Supercars

Related

438
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Automobili Ferruccio Lamborghini SpA, Automobili Lamborghini SpA, autoterkini, Ferrucio Lamborghini, Lamborghini Aventador, Lamborghini Diablo, Lamborghini Huracan, Lamborghini Miura, Lamborgini, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev