• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Siar Video Acah Crossover EV, Ariya yang Bakal Lancar 15 Julai Ini

Nissan Siar Video Acah Crossover EV, Ariya yang Bakal Lancar 15 Julai Ini

July 13, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

211
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN sekali lagi mendedahkan video acah Ariya sebelum rasmi dilancarkan minggu ini, iaitu pada 15 Julai.

Video kali ini mendedahkan rekaan lampu, sekilas pandang butang kawalan tingkap sebelah pemandu dan pandangan atas bentuk badan crossover EV versi pengeluaran itu.

Model EV itu kali pertama didedahkan pada Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 dan akan menjadi antara model yang bakal debut dalam tempoh beberapa bulan ini. Video tersebut juga menunjukkan logo kereta yang tidak jauh berbeza daripada model konsep.

BACA >>> ETCM Perkenalkan Nissan X-Trail Tuned by IMPUL, Harga Mula RM139k

Lakaran kontur badan kereta mendedahkan palam mengecas sebelah kanan, dekat fender depan. Lampu depan LED dikemas kini dengan empat elemen pencahayaan dan bar lampu yang menjadi frem gril V-motion.

Bahagian belakang turut kelihatan strip pencahayaan antara lampu belakang tanpa efek tiga dimensi (3D), sama seperti model konsep. Turut kelihatan lencana e-4ORCE buat kali pertama yang membawa maksud trenkuasa dwi motor digunaka Ariya.

Tidak banyak boleh dibincangkan untuk ruang kabin kereta  sepanjang video berdurasi 39 saat itu yang banyak memaparkan bahagian luaran. Perincian penuh Ariya hanya diketahui pada debut global nanti.

BACA >>> Emula Concept - Motosikal Elektrik dengan Deruman Ekzos 2-Lejang
BACA >>> #TahukahAnda: Ke Mana Pergi Bateri Kereta Hibrid, Elektrik Selepas Luput Guna?

GALERI
Nissan Ariya_6
Nissan Ariya Concept_3
Nissan Ariya_2
Nissan Ariya_3
Nissan Ariya_5
Nissan Ariya_1
Nissan Ariya_4
Nissan Ariya_7
Nissan Ariya Concept_4
Nissan Ariya Concept_2
Nissan Ariya Concept_1

Related

211
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Crossover EV, Debut Dunia, Kenderaan Elektrik (EV), Nissan, Nissan Ariya, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev