• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ular Sawa Tak Nak Keluar, Sedap Menginap dalam Yamaha NMAX

Ular Sawa Tak Nak Keluar, Sedap Menginap dalam Yamaha NMAX

July 13, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

327
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini kami ada menyiarkan artikel mengenai Yamaha NMAX yang sering dijadikan pot haiwan bersarang. Ini lagi berita terbaharu dari jiran seberang sana. Seorang penunggang terkejut apabila skuter maksinya itu dihuni seekor ular sawa bersaiz besar.

Melihat video, usaha mengeluarkan ular sawa dari bawah fairing depan mengambil masa agak lama juga kerana spesies reptilia itu dilihat membelit kuat NMAX itu. Mungkinkah dia terkeliru antara NMAX dan kambing?

Insiden itu berlaku di Tanjung Priok, Jakarta Utara dan sedang tular dalam kalangan warga maya di sana kerana tiga tenaga lelaki dewasa pun masih belum mampu mengeluarkan ular tersebut.

BACA >>> Banyak Haiwan Suka Buat 'Pot' dalam Yamaha NMAX

Malah, hingga video tamat, ular sawa itu seperti belum dapat dikeluarkan. Difahamkan haiwan tersebut masuk dari depan NMAX kelabu itu dan usaha mengeluarkan ular berkenaan dibantu pekerja parkir.

Dimensi NMAX yang besar mungkin membuatkan banyak haiwan tertarik untuk menginap dalam skuter maksi itu. Tambahan lagi ruangnya panas dan gelap yang sesuai dijadikan habitat kegemaran haiwan seperti ular. Hmmm...

BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Hendal Honda PCX 150 dengan Yamaha NMAX 155
BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Motosikal Biasa Guna Minyak Enjin Skuter?

 

View this post on Instagram

 

Warga bersama Security mencoba mengevakuasi seekor ular yang masuk ke dalam motor NMAX di Jalan Yos Sudarso, Tanjung Priok, Jakarta Utara kejadian beberapa hari yang lalu. . . . #agoezbandz #agoez_bandz

A post shared by Agoez Bandz Official (@agoez_bandz4) on Jul 4, 2020 at 5:49pm PDT

Related

327
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, Haiwan dalam Skuter, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), skuter, skuter maksi, Yamaha, Yamaha NMAX

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev