JUMAAT lalu, Indonesia baru saja melancarkan Kawasaki Ninja ZX-25R. Bagaimanakah pula dengan negara asal Jepun? Menurut portal automotif Kojintekibikematome, sportbike 4-silinder suku liter itu sudah dibuka tempahan hingga 17 Julai ini dan penghantaran akan bermula 10 September depan.
Apakah perbezaan antara Ninja ZX-25R versi Jepun dan Indonesia?
BACA >>> 14 Fakta Pantas: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Lancar, Harga Mula RM28k Sahaja!
1. KUASA DAN TORK LEBIH RENDAH
Perbezaan paling ketara adalah kuasa dihasilkan. Ninja ZX-25R spesifikasi Indonesia menghasilkan kuasa 51ps (49hp) dengan ram udara, dan 50ps (48hp) tanpa ram udara pada rev 15,500rpm, manakala tork 22.9Nm @ 14,500rpm.
Ninja ZX-25R spesifikasi Jepun pula menghasilkan kuasa sedikir rendah 46ps (45hp) dengan ram udara dan 45ps (44hp) tanpa ram udara pada 15,500rpm, manakala tork 21Nm @ 13,000rpm. Perbezaan ini mungkin ada kaitan dengan regulasi Euro yang mana model Jepun mematuhi Euro5 dan Indonesia Euro4.
Jadi Ninja ZX-25R di Jepun memerlukan komponen emisi tambahan bagi mengurangkan pencemaran dan kemungkinan ditambah penukar bermangkin (catalytic converter) pada mufler ekzos. Ini dikukuhkan lagi dengan beza berat, model Jepun memiliki berat 183kg (Standard) dan 184kg (SE), manakala model Indonesia 180kg (Standard) dan 182 (ABS SE).
2. ADA TIGA WARNA PILIHAN
Semua varian Ninja ZX-25R spesifikasi Jepun didatangkan dengan ciri Sistem Brek Anti-Kuncin (ABS), tidak seperti Indonesia. Jika negara jiranitu didatangkan dengan empat pilihan warna, pelanggan Jepun pula ditawarkan tiga warna badan iaitu:
- Metallic Spark Black (Standard)
- Metallic Spark Black/Pearl Flat Stardust White (SE)
- Lime Green (SE KRT EDITION)
Warna biru tidak ditawarkan di Jepun, manakala kowl pelana tunggal juga bukan ciri standard untuk model SE di sana.
3. AKSESORI TAMBAHAN VERSI SE
Pelanggan Jepun yang memilih varian ZX-25R SE (SE KRT) akan dapat opsyen tambahan:
- Slider - 28,160 yen (RM1,123)
- Kawasaki Quick Shifter (KQS) dua hala - 40,810 yen (RM1,627)
- Visor gelap - 16,170 yen (RM645)
- Tape roda rim (hijau,perak) - 3,564 yen (RM142)
- Soket USB bawah pelana - 7,238 yen (RM289)
4. HARGA TIGA VARIAN
- Kawasaki ZX-25R - 825,000 yen (RM32,898)
- Kawasaki ZX-25R SE - 913,000 yen (RM36,407)
- Kawasaki ZX-25R SE KRT Edition - 913,000 yen (RM36,407)
Harga adalah termasuk cukai dan lebih menarik, harga varian Standard Ninja ZX-25R lebih murah ¥20,000 (RM797) berbanding CBR250RR (2021) Standard di Jepun.
BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Perdengar Deruman Ekzos Yoshimura Ninja ZX-25R yang Padu!
5. JUMLAH PENGELUARAN
Kawasaki Motors Japan merancang menghasilkan 6,000-7,000 unit menjelang Mac 2021, dan bergantung kepada situasi Covid-19 dari semasa ke semasa.
Portal Kojintekibikematome mendakwa Kawasaki mensasarkan pemasangan tahunan Ninja ZX-25R kira-kira 5,000 unit berbanding sasaran terdahulu 6000-7,000 unit. Sementara itu, kilang Kawasaki Motors Indonesia (KMI) menanggarkan jumlah pengeluaran 2,000 unit setahun.
Bagaimanapun, sambutan diterima adalah menggalakkan dan sukar untuk Kawasaki memenuhi permintaan tersebut dalam tempoh tahun ini. Dianggarkan kebanyakan penghantaran Ninja ZX-25R akan dibuat menjelang Mac tahun depan.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kawasaki Ninja ZX-25R Cuma 42hp?
GALERI
Jan says
wahhh lagi murah zx25r dari cbr kat jepun? honda mmg jenama bangsawan la 😀
kalau masuk malaysia, mungkin masuk yang spec euro5 juga? maksudnya semakin x berbaloi dgn harga yang sudah terlalu mahal.