• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GEMPAK!!! Inilah Rupa Myvi Kalau Bikin Versi Anniversary Edition!

GEMPAK!!! Inilah Rupa Myvi Kalau Bikin Versi Anniversary Edition!

July 10, 2020 By Han Othman Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMALAM, Proton baru saja melancarkan Saga Anniversary Edition sempena ulang tahun ke-35 model sedan itu di pasaran dengan menampilkan skema badan hitam dan aksen kuning berserta kit badan penuh.

Sekarang cuba bayangkan kalau pesaingnya Perodua turut menggunakan konsep sama seperti Saga Anniversary Edition untuk salah satu produknya. Agak-agak mengancam tak?

Kami baru terima imej lakaran komputer kiriman pembaca yang juga pereka grafik berbakat, Raziq Zafran yang mengambil inisiatif menghasilkan rupa Perodua Myvi Anniversary Edition jika menggunakan konsep serupa seperti sedan Proton edisi khas itu.

BACA >>> Proton Saga Anniversary Edition Lancar, Harga Kit Badan Penuh RM41k Sahaja

Perodua Myvi GT

Menurut Raziq, manipulasi penampilan Myvi Anniversary Edition itu adalah berasaskan rekabentuk Myvi GT yang pernah ditayangkan Perodua secara langsung sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.

Model itu, yang pernah dikhabarkan akan berada di pasaran (tetapi masih belum muncul sampai sekarang), dilengkapkan komponen serba sporty seperti ekzos kembar, sistem suspensi, kit badan khas terdiri daripada bampar dan skirt kustom, rim 17 inci dengan tayar 205/40 dan brek Brembo, dan ada bumbung panoramik, lampu siang (DRL) LED serta lampu belakang albino.

Perodua Myvi Anniversary Edition (rekaan peminat)

Jadi, apa dilakukan Raziq untuk Myvi Anniversary Edition adalah menukar skema warna Myvi GT kepada hitam berkilat dan diberikan aksen kuning pada panel gril, perumah cermin sisi, lip skirt dan bampar (depan dan belakang), termasuk strip kuning dalam lampu utama. Malah, kaliper juga menggunakan warna kuning supaya seragam.

Kelihatan juga pelekat strip sepanjang sisi kereta. Jika Myvi GT yang putih menggunakan strip kelabu dan aksen merah, Myvi Anniversary Edition pula menggunakan strip hitam dan aksen kuning. Satu lagi perbezaan lain Myvi Anniversary Edition sentuhan Raziq ini adalah bonet gentian karbon!

Memang padu!

Raziq juga pemilik laman facebook.com/mg3hub dan channel YouTube: mg3hub. Kalau korang nak tahu macam-macam pasal Myvi generasi tiga baharu ini memang elok follow sekarang!

Ok tak Myvi Anniversary Edition tu?

BACA >>> #KLIMS2018: Perodua Myvi GT Memang Ada Stail!!!
BACA >>> Berita Baik!!! Perodua Myvi GT Mungkin Akan Dijual

 

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Grafik Komputer (CG), Perodua, Perodua Myvi Anniversary Edition, Perodua Myvi GT, Proton, Proton Saga Anniversary Edition, Raziq Zafran, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev