SEMALAM, Proton menyiarkan video acah Saga Anniversary Edition sempena edisi ulang tahun sedan mini itu yang ke-35 dalam laman Facebook rasmi pengeluar nasional itu. Hari ini model itu rasmi dilancarkan secara digital menerusi strim langsung di laman Facebook Proton pada harga RM41,335, siap kit badan penuh, iaitu lebih mahal RM2,035 daripada harga asas, RM39,300.
Tentunya bagi meraikan ulang tahun Saga, Proton melakukan beberapa kemas kini luaran dan dalaman bagi sedan nasional itu. Menjadi model paling laris dalam barisan produk Proton, Saga Anniversary Edition didatangkan dengan penambahan aksesori luaran agar tampil elegan.
Proton Saga Anniversary Edition ditawarkan pada varian 1.3L Premium AT. Semburan warna hitam eksklusif pada Saga pertama kali ditawarkan kepada publik, sebelum ini warna tersebut hanya untuk kereta Proton kerajaan sahaja. Manakala kemasan kuning yang menyerlah diambil dari warna R3. Proton Saga Anniversay Edition itu turut dilengkapi dengan penapis kabin N95 seperti yang ditawarkan pada Proton X70.
Berikut kemas kini yang diterima oleh Proton Saga Anniversary Edition yang hanya terhad 1100 unit sahaja:
LUARAN
- Warna badan eksklusif hitam
- Pelekat grafik jalur kuning pada bampar belakang dan gril atas depan
- Perumah cermin sisi warna kuning
- Rim aloi gelap eksklusif
DALAMAN
- Kemasan kuning pada corong pendingin hawa dan panel tengah
- Bulatan kuning pada kombi meter.
BACA>>>Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?
PAKEJ AKSESORI ANNIVERSARY (PILIHAN TAMBAHAN) BERNILAI RM2,035
- Skirting depan
- Skirting sisi
- Visor pintu
- Penebat lid hud
- Penebat lid but
- Pelapik but
BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Proton Saga Anniversary Edition!!!
BACA >>> Proton Dedah Seragam Baharu Saga R3 untuk Aksi Sepang 1000KM!
Leave a Reply