• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Multistrada 950 S (2021) Perkenal Skema Warna Baharu, GP White

Ducati Multistrada 950 S (2021) Perkenal Skema Warna Baharu, GP White

July 10, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI walaupun sinonim dengan warna signatur Ducati Red, terutama Panigale, tetapi itu bukanlah warna mutlak untuk motosikal jenama Itali itu. Sebagai contoh Monster, Diavel dan siri Scrambler menawarkan pelbagai pilihan warna.

Terbaharu, Multistrada 950 S (2021) didatangkan dalam warna GP White (putih) sebagai alternatif baharu kepada warna sedia ada, Ducati Red. Ini bukan idea radikal kerana pemilihan warna putih diilhamkan daripada grafik Ducati MotoGP. Tambahan pula siri Multistrada memang dikenali umum sebagai model aneka warna.

BACA >>> Ducati Hypermotard 950 RVE dengan Grafik Badan Graffiti dan Ciri Dipertingkat

Warna baharu itu menggunakan skema putih dan kelabu tanpa meninggalkan identiti merah pada beberapa komponen seperti frem dan grafik pada rim aloi. Skema warna tersebut direka bagi menambah unsur sporty pada sport tourer itu.

Dengan pelbagai barisan model ditawarkan, Ducati adalah pengeluar motosikal versatil yang menawarkan produk berkuasa tinggi seperti Panigale hingga cruiser seperti Diavel.

Warna Multistrada 950 S sedia ada, Ducati Red

Multistrada 950 ialah motosikal yang sesuai untuk penunggang jenis pengembara harian atau penggemar meneroka destinasi baharu. Ciri utama model ini ialah berat rendah, rim depan 19 inci dan tinggi pelana 840mm yang menjadikan ia motosikal yang mudah dan lincah ditunggang.

Multistrada 950 S sarat dengan pelbagai teknologi bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penunggang seperti berikut:

  • Suspensi elektronik dengan sistem Ducati Skyhook Suspension Evo (DSS)
  • Quick Shift - Ducati Quick Shift up & down (DQS)
  • Lampu depan LED penuh dengan lampu belok Ducati Cornering Lights (DCL)
  • Paparan TFT berwarna 5 inci
  • Sistem bebas tangan
  • Kawalan Jelajah
  • Bosch ABS Cornering

Selain itu, bagi model 2021, semua siri Multistrada 950 yang digerakkan enjin Testastretta 11° (937cc, 113hp) akan mematuhi standard Euro5 di semua negara yang menguatkuasakan syarat emisi itu.

Multistrada 950 S (2021) GP White dengan pilihan rim aloi dan jejari dijadualkan berada di bilik pengedar Ducati pada penghujung bulan ini. Harga ditawarkan bermula £13,995 (RM75,160) untuk varian rim aloi dan £14,545 (RM78,110) untuk rim jejari.

BACA >>> Ducati Multistrada 950 Kini Di Malaysia - Harga Bermula RM85,900
BACA >>> Ducati Superleggera V4 Siri #001 daripada 500 Unit Edisi Terhad Sudah Siap!

GALERI
Ducati Multistrada 950 S GP White.01
Ducati Multistrada 950 S GP White.02
ducati-multistrada-950s-2021-gp-white-5
Ducati Multistrada 950 S GP White.03
ducati-multistrada-950s-2021-gp-white-1
Ducati Multistrada 950 S GP White.04
Ducati Multistrada 950 S GP White.05
ducati-multistrada-950s-2021-gp-white-2
ducati-multistrada-950s-2021-gp-white-3
ducati-multistrada-950s-2021-gp-white-4
ducati-multistrada-950s-2021-ducati-red-rim-sport
ducati-multistrada-950s-2021-ducati-red-rim-spoke
ducati-multistrada-950s-2021-gp-white-rim-sport
ducati-multistrada-950s-2021-gp-white-rim-spoke

SUMBER: Ducati.com/GB

Related

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Multistrada, Ducati Multistrada 950 S, Ducati Multistrada 950 S (2021), Ducati Multistrada 950 S GP White, roda2, sport tourer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev