• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mat Motor Indonesia Mahu Jual Honda CB100 (1971) Siap Geran, Harga RM22k!

Mat Motor Indonesia Mahu Jual Honda CB100 (1971) Siap Geran, Harga RM22k!

July 9, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

269
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pemilik motosikal di Indonesia berhasrat mahu menjual model Honda klasik 100cc miliknya pada harga 75 juta rupiah (RM22,210)!

Honda CB100 (1971) kuning keemasan itu mahu dijual Arif Sopiyan siap dengan dokumen, termasuk cukai jalan. Menurutnya, warna motosikal tersebut adalah warna asal seperti ditulis dalam Buku Kepemilikan Kenderaan Bermotor (BPKB), yang sama seperti geran motosikal, Surat Tanda Nombor Kenderaan (STNK) dan invois pembelian pemilik pertama.

BACA >>> Tuan Motor Jawab Kenapa Yamaha RX-Z Ini Boleh Sampai RM70k?

honda CB100 2
honda-cb100-rm22k-indonesia-1

"Streetbike ini lengkap dan cukai jalan masih hidup," katanya dipetik Tempo.

Pemilik yang menetap di Cimahi, Jawa Barat itu berkata, harga tinggi untuk motosikal berusia 49 tahun tersebut ditetapkan berasaskan kerja restorasi yang membabitkan penggunaan komponen tulen.

Menurut Arif lagi, dia berbelanja sekitar 40 juta rupiah (RM11,830) hanya untuk membina semula streetbike klasik itu yang terdiri daripada komponen karburetor, pelana hingga set ekzos.

honda-cb100-filem-dilan-1
honda-cb100-filem-dilan-2
honda CB100 Dilan

"Saya pasang banyak komponen tulen baharu, termasuk mentol dan signal belok. Hanya beberapa alat ganti dicat semula. Warna kuning emas memang rare. Biasanya, (motosikal seperti ini) warna merah-biru atau merah-putih dan biru-putih seperti CB100 (1973) Wren dalam filem Dilan," katanya.

Alasan kedua, CB100 miliknya itu ada sejarah lengkap pemilikan pertama, termasuk invois dan warna asal motosikal yang sama seperi versi asal dikeluarkan Honda.

"Saya sedang tunggu pengumpul koleksi yang berminat. Setakat ini, ada pihak buat tawaran 55 juta rupiah (RM16,250) tetapi saya belum jual. Kalau minat Honda CB100 ini, bolehlah datang ke Jalan Encep Kartawirya, Nombor 120, Cimahi atau bilik pameran 3R Motor," kata Arif.

Berikut senarai komponen tulen yang dipasang berserta anggaran harga:

  • Karburator - 2.5 juta rupiah (RM740)
  • Ekzos - 5 juta rupiah (RM1,480)
  • Pelana - 10 juta rupiah (RM2,960)
  • Tangki minyak - 10 juta rupiah (RM2,960)

BACA >>> #BikinMotor: Kapcai SYM Symba dari Taiwan yang Diubah Suai Jadi Chopper

GALERI
honda CB100 2
honda-cb100-rm22k-indonesia-1
honda CB100 3
honda CB100 1

SUMBER: Tempo | Tempo1

Related

269
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda CB100, Jipang, Jual Motor, roda2

Comments

  1. Jan says

    July 10, 2020 at 11:06 AM

    mujur x sampai 70k haha

    dulu ayah pernah pakai motor ni, jual sebab beli CG125. sampai skg ada lagi haha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev