SEMUA pemilik motosikal, terutama skuter jenis maksi dengan fairing besar diminta memeriksa kenderaan anda setiap hari sebagai langkah berjaga-jaga. Jangan pula terkejut kalau nampak kepala ular tiba-tiba keluar ketika menunggang ke tempat kerja.
Peringatan ini diberi selepas mengambil pengajaran tiga kes di Indonesia membabitkan haiwan bersarang atau menginap dalam Yamaha NMAX. Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya tarikan utama yang menyebabkan ular, tikus dan kucing masuk ke dalam badan skuter maksi itu. Mungkin ada kes membabitkan motosikal jenama lain, cuma tidak dihebohkan.
Risiko haiwan berumah dalam kenderaan lazimnya dikaitkan dengan faktor kebersihan kawasan sekeliling. Jika banyak sampah sarap dan jarang cuci motosikal, ini mungkin antara punca yang menjemput haiwancsekeliling anda datang bersarang.
Kami senaraikan beberapa kes penemuan haiwan dalam motosikal di beberapa negara jiran kita:
BACA >>> 11 Pengeluar Automobil Jadikan Haiwan Sebagai Nama Kereta
KES 1: Ular Tedung Keluar dari Panel Depan NMAX
Sebelum ini, ada gambar tular menunjukkan seekor ular tedung tiba-tiba 'menjenguk' keluar selepas bersembunyi dalam badan skuter NMAX di Indonesia. Salah satu gambar yang dikongsi ahli TMO (Tangerang Max Owner), Andry dalam satu grup WhatsApp. Dia mendakwa tidak tahu asal usul sumber gambar itu.
KES 2: Ular Tedung Bawah Pelana
Seorang ahli TMO lagi, Henry pula berdepan situasi mencemaskan selepas membuka pelana apabila menemui seekor ular tedung di bawahnya. Bagaimanapun, reptilia itu dijumpai dalam Honda Supra (Malaysia: RS150R), bukan NMAX.
"Semasa buka pelana dan mahu isi minyak, saya nampak ular tedung di hujung pelana," kata Henry kepada portal Otomotifnet. Menurutnya lagi, ular itu menyelinap masuk ketika motosikalnya itu diparkir di kawasan pejabat.
KES 3: Mekanik Lari Sebab Jumpa Ular dalam NMAX
View this post on Instagram
Kes yang tular dalam klip video di atas ini dikongsi laman Instagram @roda2blog. Dua mekanik lelaki kelihatan sedang membuka panel badan NMAX dan tiba-tiba melarikan diri dalam keadaan panik.
Kemudian seorang wanita berusia dengan tenang menarik badan seekor ular dari dalam skuter Yamaha itu dan memasukkan ke dalam karung. Rupa-rupanya, wanita tua itu pandai menjinakkan ular. Tiada maklumat bagaimana ular itu masuk ke dalam badan NMAX.
KES 4 : Lagi Kes Jumpa Ular dalam NMAX
View this post on Instagram
Pemilik akaun instagram @nmaxowner di atas ini pula berkongsi dua gambar yang menunjukkan beberapa individu menarik keluar seekor ular yang tidak diketahui jenis dari belakang ruang simpanan barang dan lampu belakang.
Tidak dapat dipastikan sama ada ular itu sudah mati sebelum atau ketika dikeluarkan. Lokasi tepat kejadian juga samar-samar, tetapi dipercayai di Nusa Tenggara Barat, Indonesia berdasarkan nombor plat skuter itu. Panel NMAX mempunyai banyak ruang kosong yang memudahkan haiwan menyelinap masuk.
KES 5: Tikus Bersarang Dalam NMAX
Seorang pengguna NMAX, Ricky Dian Permana menerusi laman komuniti Facebook YAMAHA NMAX INDONESIA NMAX LOVERS mendedahkan skuter miliknya itu sering menjadi tempat tikus bersarang.
"Di sini, ada ke pemilik skuter yang ada sarang tikus (dalam NMAX) sampai kabel putus dengan sampah tulang dalam penutup fairing bawah?" tanya Ricky.
Disebabkan skuter itu gemar dijadikan lokasi sarang dan tempat persembunyian tikus, dia memutuskan meletakkan perangkap tikus di bawah motosikal. Hasilnya, seekor tikus dapat ditangkap.
KES 6: Kucing Pilih NMAX
Seorang pengguna Facebook, Khusnul Setyaa berkongsi dua gambar dalam lama komuniti Facebook YAMAHA NMAX INDONESIA NMAX LOVERS turut berkongsi masalah luar biasa dihadapinya.
Ada anak kucing hitam putih masuk ke dalam kowl bawah NMAX untuk dijadikan tempat tidur. Lebih mengharukan, usaha memasukkan tangan untuk mengeluarkan kucing tersebut menemui kegagalan ketika itu.
BACA >>> #TahukahAnda: Aneka Papan Tanda Haiwan Melintas Seluruh Dunia
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Bahang Matahari Boleh Buat Kereta Rosak?
SUMBER: GridMotor.MotorPlus
Leave a Reply