BAGI Louis, streetfighter KTM kustom dengan nama Caty M Glam ini dibikin untuk memeriahkan perlumbaan drag. Ia tampil dengan rekabentuk bermotifkan jentera lumba pecut.
KTM menamakan 1290 Super Duke R sebagai ‘The Beast’ yang mewakili kuasa, tork dan karakter buas. Sebaliknya, bagi pemiliknya yang bekerja sebagai peruncit pakaian dan aksesori motosikal terbesar Eropah di Hamburg, Jerman, dia mahu tampil berbeza.
BACA >>> #BikinMotor: Suzuki GSX-R1000 No Limits dengan Kit Badan Gentian Karbon Penuh
Menerusi misi dan visi jentera raja pecut, pakar pembina Kay Blanke memulakan kerja dengan bantuan Martin Struckmann dan Detlef Stüdemann. Keluruhan badan jentera ditanggalkan dan bahagian enjin disembur cat hitam dengan skru kemasan perak.
Komponen subfrem belakang digantikan dengan unit kustom, manakala frem, subfrem dan swingarm disadur lapisan krom untuk menyerlahkan identiti motosikal tersebut. Pelana, tangki minyak dan flyskrin pula menggunakan material aluminium sentuhan Michael Naumann dan hal mengecat pula diserahkan kepada Danny Schramm.
BACA >>> #EICMA2019: KTM 1290 Super Duke R (2020) yang Lebih Ringan, Berkuasa
Trenkuasa 1300cc 75° V-Twin berkuasa 180hp dinaik taraf menggunakan komponen STPart dengan manifold baharu, manakala sistem ekzos menampilkan mufler baharu daripada Shark. Semua penambahbaikan itu membantu 1290 Super Duke R menyalurkan 1hp pada tayar per kilogram dengan pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 2 saat!
Pendawaian motosikal dibuat baharu untuk menyembunyikan komponen asal utama di sebalik kowl dan bawah pelana. Jentera drag init turut dipasangkan Dynojet Power Commander dan sistem unit Autotune untuk prestasi lebih baik. Ciri lain termasuklah bar hendal clip-on Gilles dan lampu LED Koso.
Seperti mana kita ketahui, model KTM dilengkapi unit suspensi WP, tetapi Louis menggantikannya dengan fork Wilbers 46R di depan dan monoshock Wilbers 642 di belakang. Ini penting untuk mengekalkan cengkaman tayar depan yang baik.
Model KTM bikin itu ditunggang pelagak ngeri wanita, Mai-Lin Senf pada Festival Glemseck 101 di Stuttgart, Jerman dan bersaing dalam perlumbaan drag International Sprint dengan menjadi juara pusingan pertama.
BACA >>> #BikinMotor: KTM 390 Duke Adventure Guna Komponen Royal Enfield Himalayan
GALERI
SUMBER: Drivemag
Leave a Reply