• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Nampak Remeh, Tapi 4 Perkara Ini Boleh Jahanamkan Motosikal

Nampak Remeh, Tapi 4 Perkara Ini Boleh Jahanamkan Motosikal

July 1, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

5.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APA saja kenderaan sama ada motosikal mahupun kereta perlulah dijaga dan diselenggara dengan baik. Jadi perhatikan motosikal anda dengan teliti dan jangan lakukan perkara yang boleh mendatangkan kerosakan. Mungkin ada yang anggap hal-hal di bawah ini sebagai remeh, tetapi yang kecil-kecil itulah perlu diambil berat.

Jadi, sebagai pemilik motosikal, anda perlu lebih teliti dan cuba elak lakukan beberapa perkara yang dianggap mudah tetapi boleh membuatkan kenderaan anda itu teruk. Malah boleh mengakibatkan kerosakan lebih teruk pada masa depan.

Berikut perkara yang anda perlu elakkan:

1. TANGGUH ISI ANGIN TAYAR

inflating motorcycle tire.flat picture profile for colour grading
pam angin tayar

Nampak remeh, tetapi kesannya motosikal anda boleh jadi kurang stabil dan berbahaya untuk ditunggang, terutama dalam kelajuan tinggi. Menunggang dalam keadan angin tayar kurang (walaupun tayar tidak bocor) juga boleh menyebabkan  tayar cepat rosak atau rim bengkok. Malah, cukup berbahaya ketika mengambil selekoh.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Fungsi Pemanas Tayar? Kenapa Kerap Digunakan Pasukan Lumba?

2. TUANG MINYAK ENJIN TIDAK IKUT GRED, PALSU

tuang-minyak-enjin-motosikal-1
tuang-minyak-enjin-motosikal-2

Nampak remeh, tetapi tahukah anda minyak enjin palsu tidak melalui proses pembuatan yang betul? Hampir semua menggunakan minyak enjin terpakai yang ditapis semula. Bayangkan anda beli minyak masak yang dikitar semula? Tergamakkah anda suapkan minyak masak terpakai (yang entah apa digoreng) kepada ahli keluarga anda?

Mengenai gred minyak enjin motosikal pula, pengeluar bukanlah sengaja mereka-reka jenis gred motosikal melainkan ia mengandungi tahap kelikatan bendalir berbeza mengikut jenis motosikal.

Jangan kerana nak jimat sedikit wang, tetapi motosikal rosak teruk di kemudian hari sampai kena keluar beribu-ribu ringgit. Pesanan moralnya, gunakan minyak enjin ikut gred yang betul, dan pastikan beli yang original!

3. CUCI BAWAH TERIK MATAHARI

Bike Royal Enfield Shillong Water Splash Car Wash
cuci motor

Nampak remeh, tetapi jika mencuci motosikal di bawah terik matahari kononnya supaya cepat kering memang satu kesilapan. Jangan lakukan tabiat ini kerana boleh membuatkan warna cat motosikal anda jadi kusam dan berbalam. Lebih-lebih lagi jika guna bahan pencuci beralkali kuat.

BACA >>> 5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran

4. GUNA ALAT GANTI, AKSESORI PALSU

alat-ganti-motosikal-palsu
Alat ganti

Walaupun harga jauh lebih murah, tetapi belum tentu menjanjikan prestasi seperti diharapkan.  Tanpa anda sedar, motosikal lebih mudah rosak dan akhirnya membuat  poket bertambah kering kerana perlu lebih kerap disenggara.

Seeloknya gunakan alat ganti tulen. Atau kalau kurang bajet, boleh beli alat ganti pihak ketiga atau aftermarket daripada pengeluar yang memang menghasilkan alat ganti motosikal. Apa yang penting, jangan beli yang palsu! Jangan hanya nak nampak bergaya kononnya guna alat ganti dan aksesori berjenama, tetapi kalau dah barang tak ori, sendiri mahu ingatlah.

BACA >>> #BikinMotor: Honda Supra GTR150 Tukar Enjin CBR250RR dengan Kuasa 36.3hp!
BACA >>> #ApaNakBuat: 6 Langkah Bersihkan Karburetor Motosikal

SUMBER: NaikMotor

Related

5.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: alat ganti tiruan, apanakbuat, autotainment, Cuci Motor, isi angin tayar, Isi Petrol, tip motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev