• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CBR400R (2021) Lancar di Jepun dengan Warna, Grafik Fon Baharu

Honda CBR400R (2021) Lancar di Jepun dengan Warna, Grafik Fon Baharu

June 29, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA mengumumkan pengenalan CBR400R (2021) yang dikategorikan sebagai model sportbike yang selesa ditunggang  dan model 2021 ini didatangkan dengan rekaan fon berbeza.

Sebagai makluman, CBR500R (2019) diperkenalkan pada Pameran Motor Milan (EICMA) 2018. Bagaimanapun di Jepun, sesaran enjin diturunkan untuk disesuaikan dengan pasaran sana menjadi 400cc. Justeru, banyak kemas kini dibuat baik dari segi enjin atau bahagian depan.

BACA >>> Boon Siew Honda Lancar CBR500R, CB500F dan CB500X, Harga Bermula RM34k

Honda melakukan naik taraf pada pemasaan injap, paip ekzos dan struktur ekzos. Ciri Klac Bantuan Sliper (A&S) ditawarkan untuk memudahkan tunggangan keluar dan masuk selekoh. Malah tukaran gear lebih lembut dan terkawal. Bahagian panel meter juga diperbaharui dengan paparan indikator gear dan maklumat lain. Ini model 2019 dan bagaimanakah model 2021?

Sekali pandang sukar membezakan CBR400R (2021) dengan model 2019. Selain rekaan grafik fon baharu, Honda menawarkan warna baharu iaitu putih menjadikan tiga pilihan warna di samping merah dan hitam. Aspek mekanikal masih sama, dijana enjin 399cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 43hp dan 37Nm.

Rekaan logo pula kini kelihatan seperti paten Fireblade CBR1000RR-R. Menggunakan tulisan lebih agresif dengan kombinasi grafik putih dan merah. Bakal dipasarkan di Jepun pada 31 Julai ini.

BACA >>> Honda CBR 400R (2019) Pinjam Wajah CBR 250RR, Muncul di EICMA?
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Sportbike Supaya Kekal Anggun, Bersih

GALERI

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CBR 400R, Honda Jepun, roda2, sportbike, Warna Baharu

Comments

  1. Jan says

    June 30, 2020 at 1:21 PM

    masih x boleh fight ninja 400. nape honda x betul2 update CBR500 dan CBR400?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my