• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 6 Tip Elak Sakit Belakang Ketika Memandu

#ApaNakBuat: 6 Tip Elak Sakit Belakang Ketika Memandu

June 22, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI pemandu mengeluh sakit dan lenguh badan ketika memandu, terutama ketika memandu jauh atau berada dalam kesesakan lalu lintas yang lama. Sampai di rumah, mulalah belakang rasa menyucuk-nyucuk.

Sebenarnya, sakit belakang adalah antara masalah yang paling kerap dihadapi pemandu. Namun, memandu jauh bukanlah penyebab utama kerana faktanya adalah kita duduk dalam posisi sama atau tidak betul dalam jangka masa lama.

Tahukah anda, duduk dalam postur badan betul dapat menghilangkan rasa sakit belakang, ataupun sekurang-kurangnya mengelak daripada masalah tersebut. Bagaimanakah caranya? Apa kata ikut tip di bawah ini:

BACA >>> Kajian: Semakin Sesak Jalan Raya, Semakin Tinggi Risiko Sakit Mental

1. ANJAK KERUSI KE DEPAN

Tarik kerusi ke depan supaya hampir dengan stereng. Pastikan kaki selesa menekan pedal klac dan minyak sampai ke lantai. Tidak terlalu di hujung jari kaki, dan tidaklah sampai menekan pedal menggunakan tumit.  Ingat, kunci utama adalah keselesaan!

2. ELAK GANGGUAN

Memandu sambil melakukan perkara lain, seperti menggunakan telefon bimbit atau makan adalah tiket menuju musibah. Ada kalangan pemandu menjadikan perangai itu sebagai tabiat. Sepatutnya, kita hanya perlu fokus pada pemanduan.

3. GUNA SOKONG BELAKANG

Elak postur badan yang tidak betul dengan mendapat sokong belakang (lumbar support) kerana dapat memperbetulkan postur pemanduan anda. Selaraskan kedudukan hingga bahagian pinggul  sesuai dengan sokong.

BACA >>> Pomen Kena Pecat Sebab Kemalangan Ketika Pandu Uji Mustang Pelanggan

4. JAGA POSTUR BADAN

Idea di sebalik menjaga postur badan yang baik adalah kekal santai dan selesa. Dengan kata lain, anda harus mengekalkan bentuk 'S' atau lekukan tulang belakang anda. Ini tidak hanya menjaga postur tubuh dengan baik, tetapi juga menyerap getaran dengan lebih baik. Posisi duduk yang kaku akan membuatkan otot tegang atau stres.

5. LARASKAN KERUSI

Bahagian penyandar belakang sepatutnya dicondongkan dengan cukup selesa untuk menyokong berat badan tanpa memerlukan kita terlalu membongkok ke depan ketika memandu.

Perhatikan, tempat duduk kerusi juga harus dicondongkan supaya peha dinaikkan dan lebih tinggi daripada lutut.Cara ini dapat mengelak tulang belakang terlalu menegak. Bagaimanapun, lutut dan depan peha terlalu tinggi pula boleh membuatkan kita membongkok ketika memandu.

Peha dan lutut terlalu tinggi menyebabkan kita memandu membongkok.

6. REHAT

Kalau sudah memandu terlalu lama, apa kata berhenti berehat sebentar untuk regangkan otot-otot badan, termasuk kaki dan leher. Kalau berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (RnR), apa kata duduk sekejap atas mesin kerusi urut untuk meredakan kesakitan.

BACA >>> #PanduUji: Segala yang Seksi Tentang Mazda3 Hatchback

SUMBER: CarMudi

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, Sakit Belakang, tip automotif, Tip Elak Sakit Belakang Ketika Memandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my